Mayat bayi dijumpai dalam kotak di kawasan pelupusan sampah

MACHANG: Mayat seorang bayi lelaki, yang dibungkus dan diletakkan dalam sebuah kotak, ditemui di kawasan pelupusan sampah di Bukit Tajol, Banggol Judah di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Machang, DSP Che Malek Bedut berkata mayat bayi yang cukup sifat dan masih bertali pusat itu ditemui beberapa pekerja pemungut sampah pada pukul 1.15 petang ini. 
"Mayat itu dijumpai mereka sebaik sahaja lori pengangkut sampah Majlis Daerah Machang (MDM) membuangnya bersama sampah di kawasan itu," katanya kepada pemberita di tempat kejadian. 

Beliau berkata mayat bayi itu dibawa ke Hospital Machang untuk dibedah siasat dan polis akan melancarkan gerakan mengesan mereka yang terbabit dalam pembuangan mayat bayi itu.


Seorang daripada pemungut sampah, Rosmi Shafie, 30, berkata mayat bayi itu dibungkus dengan baju-t dan kain sarung perempuan ketika ditemui.


"Kami amat terkejut sebab pada mulanya kami menyangka dalam kotak itu terdapat barang berharga tetapi rupa-rupanya mayat seorang bayi yang comel dan sempurna," katanya. -- BERNAMA


petkan dari :myMetro



kata-kata
humm, banyak sungguh kejadian buang bayi ni. tak rasa bersalah ke ? dah lah buat dosa berzina, pastuh ko buat dosa buang anak lak. hummm semoga dijauhkan lah dari semua ini and untuk gurlz di luar sana, jadikan apa yang banyak berlaku di negara kita ni sebagai pengajaran.peace!

CONVERSATION

0 コメント/komen:

Back
to top