feel better

Assalamualaikum semua . 
Hari ni, aku rasa sedikit ceria, Alhamdullilah , hari jumaat hari tu, prgi buat recheck urine test,\
glucose dah normal cuma  ade sikit leukocyte. Means ak kne jaga kebersihan.
Doktor pun cakap aku tak ada apa2.
Means aku dah kembali sihat !!!
Dah boleh lompat2 balik ! haha
Tapi kan, cam ade side effect sikit.
Aku ni dah la jenis yang mudah risau..
and selalu fikir bukan-bukan.
so, effect dengan depression.
setiap malam je aku ase cam tak leh nafas, 
lepas google coz, STRESS !
shit !
need to go through this again.. 
tapi tak pe, as long as, aku relex,
there's nothing to afraid of.. 
hee ^^


(人´∀`).☆.。.:*・
yang menaip,
Riko-theUntittledPledge-より。 .................................

tonsil stone ? diabetes? hope not !!!!

hello , selamat tengah hari...
seriouly this is getting me annoyed..
dah dua hari aku rase cam ade benda melekat kat throat aku.
belah kanan betul-betul bawah dagu kanan.
first time aku perasaan , pagi 26/12..
aku bangun awal 5.15 pagi kononnya nak sahur, nak pose la kan..
aku makan roti kacang merah dari rotisedap je..
then , bile aku nak balik tidur, aku ase funny je kat throat ak, and ase nak muntah..
siyesly tercekik wahh,
Aku try muntah tapi tak muntah-muntah and seriusly , mang ade benda lam tengkuk aku ni.
Tapi aku ingat esok ilang la kan, upe-uoenya tak..
bile malam aku nk tidur, makin jadi-jadi ..
acam tak berdaya nak bernafas je...
dah la semalam terjaga kuk 4.. mang terus tak leh tidor dah pas tuh..
haa, sambung citer ryuusei no kizuna...
sampai kul 7.00 pagi..
baru la aku leh tidor pastuh.. sbb bile siang dia reda sikit ase tu..
tapi siyes tak best !! 
Ase cam pelik je kat tengkuk ! arghhh ~!
Pastuhkan aku sebenarnya tak tahu sama ada aku ni ade diabetes ke tak?
pasal hari tu buat ufeme kat kk sungai buloh, 
leukocyte and glucose 2+ !!
giler arh, doktor tu sendiri terkejut.
" ni air kencing awak ke ?!" dia tanya ak,
aku iakan la pasal dah memang aku nya sample je kat situ.
aku pun terkejut sebenarnya. adoiiya.
"Awak ade kencing manis ke ?"
aku geleng. Tak pernah pulak.
" family ?"
haa, yg ni aku tak sure, tapi aku kol mak aku, mak aku cakap tak de sorang pon family aku kencing manis.
Lagi pelik.\
then, dia minta aku repeat ufeme tu.. seminggu kemudian.
so, esok la aku akan repeat n tahu resultnya. Harap-harap takdelah ek..
pasal aku main bedal je makan nasi , ayam bagai..\cuma air je la aku elak air manis. haha
Mane boleh tahan tak makan nasi..adoii.
Sedih bile tahu ade penyakit ni.. dah la minggu nak final.. harap2 tak ada failed lah.. amin...



(人´∀`).☆.。.:*・
yang menaip,
Riko-theUntittledPledge-より。 .................................

cinta otaku part 3


part 1 | part 2



3
Suasana kelas 5 Al-Qalam bingit seperti biasa. Mentang-mentanglah cikgu ada meeting, semua ambil kesempatan berborak dan berkejaran. SPM nak dekat tapi semua macam tak sedar diri. Aina menutup kembali buku rujukan biologinya. Dia tak dapat tumpukan perhatian pada bacaannya, kelas bising amat! Adoi! Aina mengeluh. Pandangnya dikalih pada Kai yang duduk dua baris hadapan. Kelihatan Kai sedang rancak berbual dengan dua orang perempuan yang bukan dari kelas itu. Aina kenal mereka, ahli kelab muzik disekolah itu, Natasha dan Farah. Mereka berdua ni memang terkenal satu sekolah, punyai suara sedap dan wajah cantik serta anak orang kaya. Meletop habis ! Timbul rasa cemburu pula apabila melihat kemesraan mereka. Wajah Kai dari jauh ditiliknya. Hensem ! kulit cerah, bibir kemerah-merahan, mata yang bercelak, walaupun tak pakai celak tapi naturalnya begitu. Bulu mata yang lebat membuatkan Kai kelihatan seperti bercelak. Cantik sangat! Puji Aina. Gaya dia, macho habis! Baju putih kemeja sekolah yang dibuka butang pertama dan keduanya, seksi habis ! Rambutnya yang panjang sedikit ke depan , memang seratus peratus seperti jejaka impian Aina. Seperti lelaki dari karakter anime atau manga .  Kalaulah, dia seorang yang serious dalam perhubungan, Aina boleh dianggap bertuah apabila di confess Kai kelmarin. Aina mengeluh  lagi. Ingin  benar dia bercakap dengan Kai, tapi perasaan malu mendahului. Dia tidak seperti perempuan-perempuan lain yang mendekati Kai , masing-masing ingin perhatian Kai. Tapi Aina tahu, Kai hanya main-main dengan mereka. Dan dia tahu juga, perempuan-perempuan itu selalu memberikan kai hadiah-hadiah mahal. Aina mencebik, boleh ye dorang fikir , nak dapat perhatian lelaki dengan cara materialistik. ..

“ tok..tok..”  Aina terjaga dari lamunanya tatkala mejanya diketuk seseorang. Haruman citrus menerpa. Aina serta merta mendongak bagi melihat gerangan si pengetuk meja itu.
“ Termenung sorang-sorang ni kenapa?
Aina terlopong. Aik, bila masa pula si Kai ni ada depan dia? Dia memandang tepat pada muka Kai , masih tidak percaya. Dia tegur aku dalam kelas ! Kai memberikan senyuman menggoda. Gulp ! Aina menelan air liur. Gelabah habis ! Kai menarik kerusi sebelah. Dia duduk menghadap Aina sambil dagu di landing  atas lengannya yang dilapik atas meja. Masih tersenyum. Aina mengangkat keningnya. Dia memandang sekeliling. Kelihatan Natasya dan Farah masih ada didalam kelas itu, mereka memandang Aina dengan perasan geram. Hadira dan Kina juga tergaman. Apahal mamat tu dengan kawan baik aku ! Getus Kina.
“ kenapa datang sini ?” Aina berkata dingin.  Cover,cover !
“ Masih menunggu jawapan kelmarin.. kenapa lari kelmarin ?” soalan itu membuatkan Aina memcerlungkan matanya. Hish ! Dia ni kenapa tanya soalan tu ? Malu.. malu ! Aina mengambil keputusan untuk diam sahaja. Dia membuka kembali buku biologinya. Mukanya sudah berubah merah.  Tak nak pandang dia ! Jerit Aina di dalam hatinya. Dia berpura-pura membaca kandungan buku itu. Kai yang melihat gelagat Aina ketawa kecil . Comel la pulak aku tengok minah ni. Getusnya.
“ Nanti balik sama-sama tau ?” bisik Kai kepada Aina. Aina mengetap bibirnya. Ya Allah tolong lah jangan goda aku. Matanya perlahan-lahan melihat pada Kai yang setia memandang wajahnya. Dia diam. Kai senyum. Ya Allah, comelnya ! Aina berdebar-debar. Nak balik sama-sama? Biar betul? Masih tidak percaya Aina mengerut dahinya. Dipandang wajah Kai lama.
“ kenapa diam ?” tanya Kai lagi.
“betul ke nak balik sama dengan saya?” Tanya Aina tidak percaya.
“ya lah, ..’
“ Tapi rumah awak lalu jalan lain kan ? “ Tanya Aina lagi.
“ Tak apalah, saya teman awak dulu .” Kai menjawab dengan senyuman manis terbit di bibirnya. Aina semakin berdebar-debar ! Mak aihh.. sebiji macam komik jepun, si lelaki teman kan si perempuan balik. Aduh, lagi lemah aku dibuatnya.

KRIINNGG !!

Bunyi loceng menandakan masa ke tiga telah tamat. Tak lama lagi cikgu akan masuk ke kelas kerana mesyuarat sudah pun bersurai. Suasana bising sudah mula senyap.
“ Tunggu kat tempat kelmarin sebelum balik ya?” sempat dia memberi pesanan sebelum melangkah bangun ke tempatnya . Aina hanya  memandangnya tanpa berkelip. Natasya dan farah sudah pulang ke kelas masing-masing.. Kela s 5 Al-Qalam akhirnya diam menanti cikgu Khalid,  guru matematik tambahan masuk ke kelas. Aina menarik nafas lega . Dipandang kai dari belakang , belakang dia pun hensem gak. Aina sudah tidak sabar-sabar menunggu waktu tamat sekolah. Bagaikan mimpi menjadi kenyantaan, dia tersenyum sendiri. Dia rasa bahagia yang tak pernah dia rasai sekarang. Oh Kai... Khairi Hafiy...

“ psst..psttt Aina..!” Hadira yang duduk belakang Aina mencuit Aina.Aina cepat-cepat memusinggkan tubuhnya.
“Apa mamat buaya tu buat kat kau ? Tak pernah-pernah dia tegur kau.” Tanya Hadira. Dia betul-betul ingin tahu. Sesungguhnya dia tidak suka akan kehadiran lelaki itu dalam hidup Aina.
“ Ouh, tak de apa, saja dia tegur aku.” Jawab Aina menyembunyikan perkara sebenar.
“Yaka?” Sampuk Kina.
“Yelah..”
“Kau hati-hati sikit dengan mamat tu. Buaya makan darah tau ! “ Pesan Kina. Aina mengerutkan dahinya.
“Buaya makan darah ?” Pelik je bunyi ayat tu.
“ Buaya tu pasal dia punya awek keliling pinggang. Makan darah tu pasal, aku dengar dia dapat habuan dari perempuan-perempuan yang dia date, duit, hadiah mahal-mahal.. malah perempuan 10 tahun lagi tua pun dia pernah date tau ! Baik kau jauhkan diri aje dari jantan macam tu...” Hadira berseloroh , diikuti persetujuan dari Kina. Aina  mengeluh. Betul ke dia macam tu . Dia memusingkan kembali badannya ke depan. Keluhan berat dilepaskan lagi . Tangannya menongkat dagu sambil merenung belakang Kai. Kai betul ke awak jenis lelaki dasyat macam tu ? Kenapa awak jadi begitu ye  ? Pelbagai persoalan muncul di benaknya . Perasaan ragu dan cintanya bercampur baur .  Perlu ke aku dengar cakap Kina dan Hadira?  Jauhkan diri dari Kkai sedangkan hatinya kuat untuk menjadi puteri hati Kai. Atau inginkah dia menjadi seorang yang mampu ubah perangai Kai? Bolehkah dia lakukan sedemikian? Dan kenapa Kai berminat untuk mendekatinya? Dia hanyalah anak seorang cikgu , tidak kaya seperti perempuan-perempuan yang dipermainannya. Atau adakah, Kai betul-betul sukakan dia? Atau, sebaliknya  ? Kai .. kenapa awak buat saya tak keruan seperti ini !!Hati Aina menjerit . Entah kenapa rasa hatinya sakit sekali. Inikah yang dinamakan cinta ?




(人´∀`).☆.。.:*・
yang menaip,
Riko-theUntittledPledge-より。 .................................

how to donload doramax using fitchier.

first pergi kat doramax264.com.
fitchier terletak belakang singlifiles jadi tekan queenshare dulu then bru leh nmpk fitchier punye butang.




lepas tukan,dya kuar ni, tekan butang biru yg dibulatkan.


then lastly, tekan telecharger le fichier.


tapi, kat fichier ni, kena tunggu 5 minutes after previous download xDD

so,selamat mendownload !





(人´∀`).☆.。.:*・
yang menaip,
Riko-theUntittledPledge-より。 .................................

cinta otaku part 2

Click here part 1 to read episode one 

2

Mata Aina terjugil melihat surat berwarna biru di dalam begnya. Biar betul! Siapa letak dalam beg aku ni? Dia yang baru selesai menyalin pakaian setelah waktu pendidikan jasmani agak tergaman. Balik-balik kelas je, ada surat dalam beg. Dipandangnya kiri ke kanan. Kelihatan Kina dan Hadira sedang rancak berbual, tidak perasan akan situasinya sekarang. Alhamdulillah, dorang tak perasan. Kalau tak mampus aku nak kena berjawab. Dia memandang kosong surat itu seketika. Lama begitu. Siapa bagi aku ni? Nak buka ke tak nak? Berdebar juga Aina, otaknya ligat mencari kemungkinan siapa yang letak surat itu. Salah letak dalam beg ke apa? Memang untuk aku ke? Banyak pula persoalanan timbul dibenaknya. Secara tiba-tiba dia berpaling ke sebelah kiri mejanya. Entah kenapa, rasa seperti hendak toleh kesebelah. Zupp.. !! Sentap. Jantung Aina berdegup kencang. Apa hal si Kai ni duduk meja sebelah aku ni?  Sambil meletakkan kepala di atas meja dengan tangan menyilang menutup separuh mukanya seperti hendak tidur lagaknya. Tapi tidak, Aina dapat melihat dengan jelas mata Khairi Hafiy memandang tepat ke arahnya disebalik rambut depan yang panjang itu. Rambut tu, dah banyak kali kena tegur dengan cikgu Roslan, cikgu disiplin sekolah itu. Tapi tak diendahnya. Nasib tak kena potong saja. Seram semacam je pandangan dia. Tapi bahagia. Orang yang aku ‘admire’ pandang aku! Syok gila! Getus hati kecil Aina.
Cepat sahaja dia menarik zip beg sekolahnya. Matanya sudah beralih ke depan. Tak mahu bertentangan mata lama dengan Kai. Tak keruan jadinya. Nanti kalau aku buka surat biru tu depan dia mesti dia ingat aku dah ada boyfriend. Eh, dia kisah ke kalau aku dah ada boyfriend ke tak. Berangan je lebih kau Aina ! Aina mengintai lagi Kai di sebelah. Dia sudah tidak lagi merenung Aina, sebaliknya kepala sudah beralih arah membelakanginya. Tidur ke? Hatinya tertanya. Aina mengambil kesempatan itu untuk melihat isi kandung surat yang diterimanya. Perlahan-lahan dia membuka surat itu.

Hai, Nur Hannani Aina..
Saya dah lama perhatikan awak,
Jumpa nak?
Tangga depan makmal Bio , lepas habis kelas.

Secret admire.



Huh, tu aje? Aina sedikit kecewa. Ingatkan panjang dan berpuitis-puitis. Tapi nak jumpa ke tak ya? Takut . Perasaannya bercampur-baur. Dulu dia memang tidak ada sedikit minat untuk bercinta dek kerana kegilaanya terhadap satu watak dalam komik cinta jepun. Habis semua  yang mengajaknya bercinta di tolak. Tapi entah kenapa semejak melangkau ke tingkatan Lima, rasa untuk mencintai dan dicintai itu menebal. Harapannya juga mesti la cinta yang seperti dalam komik-komik dan animasi yang diminatinya itu. Di baca surat bertulis pendek itu berulang-ulang kali. Kalaulah surat ni datang dari Kai yang berwajah seperti Miketsukami-kun tersayang tu. Mahu pengsan terus aku kat situ. Humm, tapi tak mungkin Kai kan? Matanya berkalih kepada Kai yang mungkin sudah tidur . Aina mengetap bibir nya. Lama dia berfikir ,akhirnya perasaan ingin mencuba kuat dalam dirinya. Try lah !

Aina mengatur langkahnya berhati-hati. Tidak mahu si pemberi surat tahu akan kehadirannya setelah menerima pucuk bertulis itu. Makmal Biologi sekolah dilaluinya. Tangga yang dimaksudkan depan sedikit. Memang ‘port’ biasa budak-budak sekolah itu yang bercinta ‘dating’. Lokasinya yang agak kebelakang menghadap padang sekolah, memang jarang digunakan. Sebab itu lah, tempat itu dijadikan sarang bertemu. Aina berdebar-debar. Dia segera merapatkan diri ke dinding koridor. Sebaik dia ternampak sesusuk tubuh yang membelakanginya duduk termenung jauh memandang padang bola di koridor tangga , jantungnya berdegup makin kencang. Gulp! Dia menelan air liurnya berkali-kali. Siapa tu,siapa tu? Hatinya tak sabar ingin tahu tapi malu nak bertegur. Hish, Aina awat malu sangat ni, turun lah tegur. Ingin tegur tapi lutut terketar.Dia berperang dengan dirinya sendiri sehingga tidak sedar ada sebatang penyapu bersandar disebelahnya. “Prang!” Bunyi penyapu jatuh bergema dek kerana dilanggar Aina tanpa sedar. “Alamak!” getusnya.
Kai yang terkejut dengan bunyi bising penyapu jatuh itu serentak menoleh kebelakang. Senyum diterbitkan tatkala melihat wajah terkejut Aina. Aina kaku. Hah! Kai, apa dia buat kat sini?! Perlahan-lahan langkahnya diatur undur. Mahu lari dari situ. Dia rasakan semuanya adalah mimpi, jadi dia kena bangun segera. Kai yang kehairanan dengan sikap kaget Aina menaiki anak tangga menghampiri Aina. Aina makin mengundur.Ya Allah, betul ke ni? Betul ke Khairi Hafiy dihadapannya sekarang? Diakah si pengutus surat itu? 5 langkah, 10 langkah,  15 langkah.. Aina undur dan undur lagi. Kai pula mengikut setiap langkah Aina. Mata mereka bertentangan. Walaupun kehairanan kenapa Aina mengundur, Kai menurut sahaja sambil mengekori Aina tanpa kata. Lagilah si Aina tu kaget. Masih tidak percaya bahawa Kai dihadapannya. Tidak tahu bagaimana ingin memulakan bicara kerana sesungguhnay Aina belum pernah bercakap dengannya. 4 tahun sebelum ini, mereka berada di kelas yang berasingan. Cuma apabila naik ke tingkatan 5 , mereka berada di kelas yang sama. Aina yang bengang dengan keadaan itu serta-merta menghentikan langkahnya.
“Kejap, kenapa awak ikut saya?” Tanya Aina tersekat-sekat.
“Sebab awak jalan mengundur? “ Jawab Kai tanpa agak. Pelik minah ni. Getus Kai dalam hatinya.
“Tapi apa awak buat disini?” Tanya Aina lagi. Untuk memastikan bahawa benarkah Kai , pujaan hatinya yang memberikannya surat itu.
“Sebab saya tunggu awak di sini?” Kai melayan.
“ A..awak ke yang bagi surat tu?” tergagap-gagap Aina bertanya lagi.
“Ye, suka tak? Warna biru kegemaran saya.” Sengih Kai.
Ya Allah, comelnya dia senyum ! Jerit hati Aina. Makin berdebar dibuatnya. Tapi, dia sedikit kecewa apabila teringat perangai Kai yang pasti diketahuinya. Mana taknya, Kai memang terkenal dengan sikap playboynya. Cuma ramai yang tidak tahu, sebenarnya Kai bertaruh dengan kawan-kawan nya dengan memikat gadis. Pastinya Aina juga tidak tahu, yang mereka tahu, Khairi Hafiy budak ‘playboy’ sekolah menengah Tun Habib.Aina terdiam. Direnungnya tepat ke anak mata Kai. Kai hampir tergelak melihat sikap gelabah gadis itu. Menarik juga dia ni.
“ kita kapel nak?” straight to the point. Kai terus memberi hajat dihati. Hati la konon. Aina tersentak .Kapel? biar betul. Tak boleh. Tak boleh. Dia mesti sengaja nak kenakan aku. Baik aku lari sebelum aku cair dengan dia ni. Nak lari ke? Tak sopan pulak tiba-tiba lari.Apa aku nak buat sekarang. Ibu , tolong !

“ Answer , please?” Kai mengusik apabila melihat muka merah Aina. Dia tersenyum nakal.
Aina dah makin tak keruan. Keputusannya muktamad untuk lari sahaja. Tak nak jawab ! jeritnya dalam hati. Tanpa berkata apa-apa, Aina berlari sekuat hati meninggalkan Kai yang kehairanan. Lari ! Lari ! Jangan pandang belakang !
“Huh? Gila ke minah ni? Ke bodoh ? Tiba-tiba lari. “ Omel Kai tak puas hati. Tiba –tiba dia tersedar akan sesuatu perkara yang dia pasti tidak boleh terima. Ni pertama kali aku kena reject ! Tak guna punya perempuan . Kai geram. Dia rasa tercabar.


Aina terketar kesejukan. Tuala di kepalanya disangkut menggunakan penyangkut baju . Dengan malas dia baring lesu di atas katil. Selesai mandi , rasa mengantuk pula. Namun, hampir saja mata Aina hendak tutup, puan Basrina membuka pintu bilik. Terjenguk muka nya di sebalik pintu. Sakit hati melihat anaknya terbaring malas atas katil.
“Hannani Aina, awak dah sembahyang ke?” Tanya Puan Basrina marah.
“Belum lagi la mak, kejap lagi la..” Jawab Aina malas.
“Ya Allah, dah pukul 3 petang lebih ni, bila lagi kamu nak sembahyang kalu dah tertidur? Dah, dah bangun sekarang. “ Puan Basrina melangkah masuk bilik menghampiri anaknya. Dicubit lengan anak sulungnya itu.
“Aduh, ibu.. sakit ... “ Aina bangun. Dia terduduk malas. Matanya dipejam rapat.
“ Ngantuklah  ibu.”
“Tak ada ngantuk-ngantuk . kalau bab tanggungjawab kita terhadap Allah, kita mesti dahulukan. Dan jangan sesekali melambat-lambatkan solat. Berdosa, faham tak ?” Puan Basrina memberi ceramah. Sememangnya dia sangat arif tentang bab-bab agama.
“ Mengerjakan solat itu adalah satu kewajipan. Dari Anas r.a katanya:’Nabi Muhammad SAW telah bersabda :...(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti..’ Dari hadith itu kita dapat kita lihat bahawa itu merupakan satu peringatan dari Rasulullah S.A.W mengenai sembahyang ini harus dititikberatkan dan wajib dikerjakan.”
“ Panjangnya ibu bagi ceramah... “ Senda Aina. Puan Basrina senyum.
“Dah , bangun ambil wudhu’, lepas tu solat.”
“ Baiklah , Bos !” Aina menurut riang. Dia mencium pipi ibunya sebelum berlalu ke bilik air bagi mengambil wudhu’. Sememangnya, dia amat menyayangi Puan Basrina, ibunya yang baik hati dan di hormatinya.
Selesai sahaja solat, otak Aina ligat memikirkan perihal tadi. Hatinya resah. Habislah aku. Wajah kai bermain-main dibenaknya. Rasa ingin bercinta dengan Kai amat kuat sekali.Mana taknya, Kai itu adalah jejaka idaman pertamanya, kerana selama ini hanya watak animasi yang dpandang. Aina mencapai komik cinta yang baru dibelinya kelmarin. Komik-komik tersusun rapi didalam bilik Aina. Puas puan Basrina menasihatinya supaya tidak terlalu obsess dengan sesuatu benda.
“ Dalam hidup ini, kita kena beserdehana, sesuai dengan prinsip agama kita, hidup dengan sederhana...” Kata-kata itu masih ngiang dibenaknya. Tapi entah mengapa dia tidak mengendahkan, mungkin masih berdarah muda. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 4.15 petang. Aina yang asyik dengan cerita didalam komik itu terbuai sendiri dan akhirnya terlena.


Basikal BMX disandarkan ke tepi dinding rumah. Kai mengeluh berat. Dia perlahan-lahan mengorak langkah menaiki tangga rumah usang yang bagai hampir roboh itu. Kedengaran ayahnya mengaduh kesakitan dari dalam. Dia mengintai dari celah pintu ,ayahnya yang sudah 3 tahun terlantar sakit akibat stroke diperhatikan sayu. Ibunya pula lari bersama kekasih baru setahun kemudian kerana tidak sanggup untuk menjaga ayahnya. Terkenang akan peristiwa sedih itu, Kai jadi benci akan manusia bernama wanita. Sambil perlahan menarik tali kasutnya, dia mengeluh. Teringat akan peristiwa bersama Aina tadi. Rasa geramnya membuak-buak. Berani dia tolak aku, dasar perempuan sewel ! Kutuk Kai dalam hati. Dia cukup panas hari itu, kalau tak berjaya rancangan dia untuk buat Aina jatuh cinta, alamak robohlah status dia yang bangga dengan kebolehan memikat gadis. Duit taruhan juga akan melayang. Kasut sekolah berwarna putih itu dicampak kasar ke bawah. Dia letih setelah balik bermain bola . Memang sudah menjadi rutin nya setelah habis waktu persekolahan, Kai dan rakan-rakannya yang lain akan singgah ke padang  sekolah untuk bermain bola. Perlahan-lahan dia bangun , air minuman untuk ayahnya mesti disediakan, Mak Mah mesti sudah lama pulang. Semenjak ibunya pergi, Mak Mah jirannya lah yang menjaga ayahnya jika dia ke sekolah. Ramai yang tidak tahu, yuran sekolah dan barang-barang sekolahnya, kalau tidak belas Mak Mah, dialah yang akan membayar atau membeli segala keperluan menggunakan wang simpanan sendiri. Sebab itu lah dia bergiat menipu anak-anak gadis berada bagi menipu wang mereka. Memang langsung tidak ada perasaan bersalah dalam hatinya dek kerana perasaan bencinya terhadap perempuan.

“ Kai, “
Kai yang baru sahaja hendak memulakan langkah masuk ke dalam rumah terhenti. Kelihatan rakan sepermainannya sedari kecil, Syukran tercungap-cungap.
“Apasal dengan kau ni?” Kai yang kehairanan bertanya.
“ Aku nak cakap sikit dengan kau.” Laju dia menjawab.
“Ada apa?” Kai turun semula ke tanah bagi mendapatkan Syukran.
“Aku dengar kau bertaruh lagi, betul ke?” Syukran yang sememangnya sayang akan sahabatnya itu bertanya sambil muka berkerut mengharapkan jawapan tidak.
“ Ha’ah, aku dapat rm200 kalau aku berjaya. Kenapa?”
“ Kai, kan aku dah nasihat kau. Bertaruh tu macam judi. Haram !: Tegas Syukran . Kai bengang tiba-tiba.
“ Kau datang nak bagitahu itu saja ke?”
“Kau tak usahlah buat benda tu semua. Dah la kau mainkan perasaan perempuan. Bertaruh pulak tu. Berdosa kau tahu tak ? “
“Hei Syuk, ni hal aku. Kita buat hal masing-masing ye?” Kai menepuk –nepuk pipi Syuk sebelum beredar. Syukran geram dengan sikap Kai yang sudah banyak berubah.
“ Sampai ke tahap ni kau berubah Kai? Mana kawan aku yang soleh dan baik hati dulu?” Syuk meninggikan suaranya. Dia masih tidak puas hati. Sudah banyak cerita buruk mengenai Kai didengarinya.
“ Aku adalah aku dan  kau tak  ade hak untuk halang aku buat apa yang aku nak. Syuk, zaman aku yang baik dulu dah berakhir, dan untuk pengetahuan kau aku selesa dengan aku yang sekarang !” Kai mulangkan paku buah keras kepada Syuk.Memang benar apa yang diperkatakan Syuk. Dia berubah sejak setahun lalu, selepas ibunya meninggalkan ayah dan dirinya “ Kau tak pernah jadi kawan aku...”
Hati Syuk bagai direntap-rentap. Sampai hati Kai cakap begitu. Padahal, sedari kecil mereka bermain bersama , susah senang bersama. Kawan nya yang dianggap sebagai keluarga sendiri. Syuk terdiam , dilihat Kai yang sedang marah itu menghempas pintu rumahnya. Sebaik   kelibat kai hilang dari pandangannya, Syuk meraup wajahnya. Dia  berasa sebak, sebak dengan kehilangan rakan baiknya itu.
“  Ya Allah, lembutkanlah hati dia untuk kembali ke pangkal jalan. Hilangkanlah dendam nya, Ya Allah...” Hanya doa yang mampu diberikan Syuk Semoga Kai sedar.

(人´∀`).☆.。.:*・
yang menaip,
Riko-theUntittledPledge-より。 .................................

cinta otaku part 1

klik part 2 untuk ke episode 2
1


“ Hannani Aina...”
Aina yang masih dibuai angan-angan indah tidak mendengar panggilan namanya.
“Hannani Aina !!”
Aina tersentak. Matanya membulat memandang cikgu Latifah yang menyinga.Berdebar.Alamak, mampus aku! Pandangannya dialih pula ke sekeliling kelas. Mereka yang berada didalam kelas ketawa kecil melihat gelagat Aina. Dia terkebil-kebil.
“Tuan putera mana datang jemput awak kali ni , Aina?” Cikgu Latifah menyindir. Apa lagi tersemburlah gelak tawa kelas 5 Al-Qalam.Aina menunduk malu.Err.. apa nak jawab ni, getus hati kecil Aina. Dia hanya terdiam. Malu. Pastinya si Khairi Hafiy, lelaki pujaan hatinya sedang memerhatikannya saat ini. Sesungguhnya keadaan ini sangat memalukan.

“Awak dalam kelas saya selalu termenung kosong, awak teringat kat siapa? Bukan kelas ni je, saya dapat banyak aduan dari cikgu-cikgu lain, awak ni memang suka termenung dalam kelas.Result cun tak  apa jugak, ni dah macam duk hujung tanduk kerbau.Apa nak jadi dengan awak ni Aina?Cikgu Latifah membebel panjang sambil bercekak pinggang. Alamak, mula dah. Cikgu Latifah ni kalau dah start membebel , sampai habis kelas lah jawabnya.
“ Maafkan saya cikgu..” Aina membalas teragak-agak. Dia masih tunduk.
“Awak ada 6 bulan lagi nak SPM, awak dah tak boleh tunjuk pernangai masa tingkatan 4 lagi, tulah masa tingkatan 4 dulu dah terlebih honeymoon, result pun tak naik-naik, macam mana nak hadapi SPM? Saya cakap ni bukan untuk Aina aje, Tapi untuk semua.Kamu kena ingat tujuan ibu bapa kamu hantar kamu ke sekolah, bukan untuk bermain, bukan untuk berangan tapi untuk belajar. Dorang penat lelah kerja nak bayar yuran, sediakan barang persekolahan kamu, tapi kamu sia-siakan. Kamu kena ingat pengorbanan mereka, mahunya mereka melihat anak-anak mereka berjaya... “
Aina mengetap bibirnya. Alamak cikgu, dah dah la. Habis lah aku semua orang salahkan aku lagi nanti, dorang bukan suka sangat pun dengar cikgu Latifah  ni membebel, ayat pedas-pedas.



“ Cikgu, masa dah habis..” Kai tiba-tiba menyampuk mungkin bosan.Aina menelan air liurnya. Ya Allah, Khairi Hafiy atau lebih dikenali dengan Kai bersuara la pulak. Tidak tahu sama ada untuk menyelamat atau untuk memarahi. Berdendam ke dia dengan aku sebab aku dah buat Cikgu Latifah membebel?
“ Hmm.. baiklah, kelas bersurai...” Bersahaja Cikgu Latifah berkata sebelum mengemaskan bukunya dan berlalu keluar. Kelas 5 Al-Qalam kembali bising. Ada yang keluar ke kantin , ada yang makan bekal didalam kelas. Aina mengeluh halus.
“ Oi , Aina. Kau selalu je menaikkan kemarahan cikgu Latifah kan ? “ Kina menepuk belakang Aina. Dia kenal benar dengan perangai sahabatnya itu. Seorang yang terlalu obsess dengan cerita-cerita animasi jepun atau dikenali sebagai Anime. Bukan itu sahaja komik perempuan atau “shoujo Manga” juga sentiasa menjadi peneman.Tidak kira yang dibeli atau di muat turun online dari internet.”Mana lah aku tau aku nak mengelamun.” Balas Aina memuncungkan mulutnya.
“Heishh, kau ni Aina, aku dah tak tahu nak cakap apa lagi. Semalam dah kena lecture dengan teacher Mira, hari ni dengan cikgu Latifah. Bertaubatlah.” Kina bersenda.
“ Hish, diam lah.. !” Aina menolak rakan baiknya itu.  Kina hanya tergelak.
“Teringat kat Miketsukami-kun la tu..” Hadira pula menyampuk. Dia meletakkan sikunya atas bahu Kina sambil memandang Aina yang sedari tadi setia duduk di atas kerusi . Miketsukami adalah salah satu watak “anime” yang digemari Aina dalam siri Inu X Boku SS. Dia begitu meminati watak anime itu sehingga di setiap barangnya terdapat gambar atau nama watak  itu.
“ ha, korang tahu tak, aku dah tengok episode akhir cerita tu. Sweettt giler ! Miketsukami tu dah lama sukakan Ririchiyo. Ririchiyo pun sukakan dia, aku paling suka part last masa miketsukami dukung Ririchiyo dan cium rambut dia, aaa sweetnya !” Aina bercerita dengan bersemangat sekali. Dia menggengam kedua tangannya sambil dibawa ke bawah dagu. Menunjukkan yang dia begitu terpesona dengan jalan cerita animasi jepun itu.Dia tersenyum bersendirian sambil berangan-angan mengingati scene animasi tersebut. Berangan yang Ririchiyo itu adalah dirinya. Ah, alangkah bahagianya!
“Oi, apa kau cakap ni, kitorang tak faham la. Kitorang mana minat animasi-animasi macam tu, baik tengok drama melayu,lagi senang nak faham !” Kina mencelah, Hadira mengangguk bersetuju.”Ala, korang tahu apa..” Aina mencebik sambil mengeluarkan bekal yang dibawanya.Nasi goreng yang dimasak ibunya ditatap penuh selera, sudu sudah bersedia di tangannya.
“ korang tak nak makan ke ?”Aina bertanya sambil mulutnya mengunyah nasi goreng itu. Sedap!
“ Kitorang puasa hari ni” Hadira membalas.
“Oh , yeke? Tak apa ke  aku makan depan korang ni?” Aina tiba-tiba berasa bersalah. Ditutup kembali bekal nasi goreng itu.
“Eh, tak apa. Makan je, aku memang suka tengok orang makan, lebih-lebih kau, semangat semacam je.” Kina berseloroh. Diikuti gelak tawa Hadira.
“Perli aku ye?” Aina rasa dipermainkan. Dibuka semula bekal itu dan menyambung kembali kerja “makan”nya yang tergendala sebentar tadi.Sangat sedap masakan ibu Aina. Memang nasi goreng masakan ibunya adalah kegemarannya. Sambil makan matanya sempat lagi berkalih kepada sesusuk tubuh yang sedang berbual dihadapan kelas. Sekumpulan lelaki dihadapan kelihatan rancak sekali berbual dan bergurau. Mereka baru sahaja kembali ke kelas setelah rehat di kantin. Cepat sahaja mereka rehat, lelaki lah katakan. Makan memang laju. Khairi Hafiy dipandangnya. Sangat kacak. Berkulit cerah, hidung sederhana mancung, mirip watak animasi yang digemarinya. Jarang anak teruna melayu yang berwajah seperti itu. Selalunya berkulit sawo matang. Hmm.. kalau lah dia jadi boyfriend aku, memang dah macam watak anime dah aku ni,tak pun macam komik cinta. Bestnya! Hati kecil Aina menyimpan angan. Perkara dia mempunyai perasaan terhadap Kai hanya tersemat di hatinya sahaja. Malu untuk mewar-warkan kepada kedua sahabat karibnya. Nanti susah jadinya. Dipandang muka kacak Khairi Hafiy tanpa jemu sambil angannya bersambung. Ya Allah, betapa cantiknya ciptaan-Mu ! Aina memuji.




“ Kai, amacam kau dengan akak universiti hari tu?”Fadil menepuk perlahan belakang kawannya itu.
“ouh, si Wani tu? “Kai tersenyum.” Dia bagi aku Ipad,bro. Kaya kot dia “
“Fulamak, untung kau. Bagilah kitorang main sekali..haishh,menyesal aku “bet” kau aritu. Melayang RM30 aku” Danish menyampuk.
“Kan aku dah bagitahu korang, perempuan-perempuan ni memang akan sangkutnya dengan aku.Yang kaya-kaya tu pun, senang je. Haha !” Kai bangga.Kembang kempis hidungnya.
“Alah, muka jambu boleh la. “ Man berasa cemburu. Mana tak nya, dia digelar “Man Hitam” didalam kelasnya, akibat kulitnya yang gelap . Mana-mana perempuan yang di”tackle”nya pun lari.
“Heh, kau cakap elok sikit, mana muka aku jambu!” Kai naik angin . Pantang betul dia kalau terdengar perkataan “jambu”.
“Dah memang muka kau jambu !” Man tidak mengalah.
“Ai, aku bagi kan!”Kai mengangkat tangannya. Man memberi respon statik. Mengundur ke belakang.
“Oi, dah, dah. Kan tak pasal kena panggil pergi pejabat sekolah. Ni Kai, kau cakap semua perempuan senang kan nak sangkut dengan kau. Meh aku bagi yang susah.” Danish memberi cadangan. Semua terdiam sebentar.
“siapa?” serentak tiga teruna itu bertanya beberapa saat kemudian.Danish tersengih sambil menghala jari telunjuknya kearah belakang. Seorang perempuan yang baru selesai makan dipandangnya. Kai mengangkat sebelah keningnya.
“Oi, perempuan “otaku” tu?!” Kai bertanya,tidak percaya.
“Huh.’Otaku’? Apa tu?” Man menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Alamak Man Hitam sudah “blur”.
“Otaku tu dalam bahasa jepun. Maksud dia obses. Si Aina tu kan terlalu minat watak-watak katun jepun. Kalau dekat jepun orang yang macam tu dipanggil ‘Otaku’.. ada faham?” Fadil memberikan penjelasan berdasarkan pengetahuannya. “ooo..” Man terangguk-angguk.
“ Kau nak aku tackle dia? Biar betul , bro.” Kai masih tidak berpuas hati.
“Asal? Mengalah dah ke? Aku nak tengok sejauh mana semua perempuan yang kau cakap tu akan jatuh kat kau. Aku nak tengok boleh tak kau tempis watak-watak anime yang dia gila macam boyfriend dia tu. Aku nak kau buat dia lupa pada benda yang tak wujud tu. Amacam cabaran aku, okay tak?” Danish panjang menerangkan. “Ala, mesti la cepat je dia nak.” Kai membalas.
“ Oi , Aina tu belum pernah bercinta tahu? Dari sekolah rendah dia duk suka benda-benda tu. Kadang-kadang dia lebihkan watak animasi tu dari lelaki yang pernah ajak dia couple. Aku kawan sekolah rendah dia, aku tahu macam-macam dah pasal dia. Sanggup nangis kalau watak animasi dia tu mati ke dalam cerita tu.” Fadil bercerita semangat sekali. Semua terpaku mendengarnya.
“Best jugak ni.” Man bersetuju. Kai terkebil-kebil.
“Hish, takut aku. Macam mana kalau dia jadi obsess ngan aku. Mati aku !” Kai berseloroh.
“Amboi, yakin nampak kau dapat buat dia gila kat kau.” Danish tersenyum mengejek.
“Tak adalah,contoh la kan.. aku kan “power” bab ayat-ayat ni. Kan dia cairkan, gila kat aku pulak. Tak nak aku . Geli kot.” Kai membangkang.
“Kau nak ke tak nak? Aku bet RM 100.” Danish meletakkan taruhannya. Sememangnya ayah dia berharta.
“Aku pun boleh bagi RM 100” Fadil mencelah. Dia juga anak berada.
“Err..aku RM 5 je mampu.” Man tertunduk. Kai tergelak . Fikirannya melayang. Fuh, RM205. Memang cukup baik dah tu. Boleh bertambah duit simpanan aku.
“Kau serius ke,Danish?” Tanyanya lagi.
“Serius,full stop!”


coolblog perisa kiwi yang terlampau manis !!

aduhh,
bukan main aku mimpi nak minum coolblog,
beli2 dah terlampau manis..
geram betul !
huhu...
dah la aku da tak leh minum benda2 manis..
apa la nasib..
adoiyyai ~~


(人´∀`).☆.。.:*・
yang menaip,
Riko-theUntittledPledge-より。 .................................

kakak yang jahat. haha

HAHA 
mesti pelik ngan tajuk entry ni kan ?
kakak yang di maksudkan tu aku lah.

aku ni jenis yang tak boleh tengok menda2 kotor, bau busuk.. mesti aku tak leh tahan. Mang aku akn muntah sekali tak pon wat kuar bunyi uwek uwek je. Ssebab ak mang tak leh, mang fobia. Tengok mende jijik cam air liur, najis.. nanah.. eiiii siyes, mang aku tak leh tahan . silap2 aku yg muntah . haha

Nak dijadikan cerita, kelmarin adik bongsu aku peluk aku dari belakang. Pastu tetiba muntah.Aku yang terkejut tu apa lagi terus jerit.

"ANNNNNGGGGGAAAHHHHHH!!!!"
aku jerit adik aku yg kedua,, sal dia je yg ade kat situ. Punya lah ak tak tahan gi muntah belakang aku. Aku meracau cam orang menangis ilang anak.

si Angah lak tengok nak gelak. Aku pun cepat2 berlari masuk bilik air. Tak buang agi baju, bukak shower dulu. HAHAHA pastu lepas aku dah pasti muntah adik ak tu dah ilang dari baju ak, baru ak bukak. hahaha 

bangan punya kakak, patutnya, lau adik muntah gi la tolong basuhkan. Si angah lak gelak je, 
"haha ade ke patut.."
dia pun rajin lah gi bersih muntah2 tu.
fuuuhhh mujurlah haha.


(人´∀`).☆.。.:*・
yang menaip,
Riko-theUntittledPledge-より。 .................................

Entry pertama setelah sekian lama menghilang

konbanwa...
akhirnya hari ni aku update gak blog ni. 
sebenarnya dah lama dah nak update , tapi laptop rosak. 
motherboard terbakar, haha ganas sangat guna.
sekarang aku dah ada laptop baru, leh la mula balik haha,
ouh dan tuk pengetahuan aku dah jadi real otaku.. 
banyak tengok anime and really love it.. 
yang aku duk gile skang cite inuxboku ss, vampire knight, hiiro no kakera .
fuhh, seme cite best. rekemen untuk mereka yang sukakan anime shoujo(girl).
And tak lupa juga manga.. dah beratus manga aku baca tapi yang sangat aku minat,
of course karya dari Aikawa Saki sensei !!
lukisan dia memanng cun habis !! i like !!
antara lukisan2 cikgu aikawa saki ni.. mcm kat bawah.



haaa cute kan lukisan dia.. semua mangga dia seme aku dah baca.storyboard okaylah cume aku admire giler ngan lukisan dia :3
pastu untuk tahun 2012 pulak, aikawa saki terbitkan dua manga baru yang aku sekarang dalm proses nak baca.. mereka adalah kore ga Koi to Iu naraba dan Koyoi, Kimi to Kiss no Chigiri o. huhu.
really looking forward untuk dua manga tu.
ouh, sepanjang laptop tak de tu, aku mang bosan gile and aku spent dengan kerja sementara kat syarikat faiza sdn bhd.
bolehla cari pengalaman jadi kerani. And untuk pengetahuan uols, sangat lah memeningkan kepala kije dalam pejabat ni,mana-mana pejabatlah, seme pening.. hummm tetiba aku ase aku nk kije sendiri lak, akulah bos akulah kuli. haha tapi alang dah kije pening2nasib bek aku dapat rempah2 percuma.. haha (yang riject punye sebenarnya.. dorang nak keluarkan dari stok, dari buang, baik amek wat balik. expired lambt ag.) bawa balik bagi kat mak aku , ske dia..
 ouh okaylah, last sekali jom kita layan faradyable punya vid yang baru..
kelakar tapi still takleh lawan tidak tenang... 
tapi aku mang gelak cam haram lah haha






(人´∀`).☆.。.:*・
yang menaip,
Riko-theUntittledPledge-より。 .................................

the entry with no tittle.




it's night already, of course i need to sleep, 
got to work tomorrow..

my laptop has been so evil to me, 
she become ill... and the window seems to get a little damage.

need to repair this as soon as possible..

bye !

(人´∀`).☆.。.:*・
yang menaip,
Riko-theUntittledPledge-より。

#tutorial : profile at the sidebar.





Again today, 
got another request from my beloved frienD ^^ hee~




she ask me how to make a profile at the sidebar.macam kat atas tuh ^^
senang je nak buat ni,
pergi kat DESIGN -> ADD GADGET--> HTML.
 then, letak gambar..
cam ne nak letak gambar ?
okay, copy code kat bawah ni ..





<center><img height="370" src="URL GAMBAR ANDA" width="200"/></center><br>



atau nak senang, ikut step ni..

1) pergi kat new post,
2)upload gambar.
3)Then adjust size gambar tu nak big ke, medium ke, small ke..
4)lastly, tekan Edit HTML kat atak kotak post tu.. *sebelah compose* then copy code.

Sudah letak gambar, letak pulak description korang kat bawah tu..

contoh my description.:





<center>Nickname: Riko,Huda,rifa<div>
Gender: Female</div><div>
Blood Type : O+ , Gemini</div></center>



Haa, then save je. lau nak letak link lak, guna code kat bawah ni. and paste la kat bawah ke, atau atas description korang :)





<div>
+<a href="LINK">NAMA LINK</a></div>



Last sekali,  save je .. selamat mencuba :)

(人´∀`).☆.。.:*・
yang menaip,
Riko-theUntittledPledge-より。
.................................

kyaaa!!!!!!!!!



now, Ruki's new image out ! OMG !!

credit to:yumizo@tumblr


speechless!

damn, sexiest man i ever meet!!

Nosebleed!

nee.. this pic is kinda weird !

ouuhh how come you're so beautiful!!
mood: fangirling Ruki~








(人´∀`).☆.。.:*・
yang menaip,
Riko-theUntittledPledge-より。
.................................

#new header: ii ka?

yo !!
a new header has been made!!
please leave a comment :))
i still love the old header but yet i wanna make something new,
so please tell me wether this one or the other one is good .. :)

this is the old one.


and the new header..


which one is actually the best ?

actually i got the idea to make the header from this photo :DD

hohoh LOLOL



yoroshiku !!xDD








(人´∀`).☆.。.:*・
yang menaip,
Riko-theUntittledPledge-より。
.................................

ne..ne.. help me .. (perfume confussion.)



ano..
ohayou minna, genki ka?
hohoho...

sape-sape yang baca entry ni, boleh minta tolong tak ?
Just, recently tengah confuse for which perfume should i choose,
ada empat jenis yang me nak beli tapi of course lah kena pilih satu,
masalahnya tak tahu mana nak pilih !!!
adoiiyyaaa ~!

ISSEY MIYAKE-L'EAU D'ISSEY 

KENZO-FLOWER 

ANNA SUI-ROCK ME 

ESCADA  




 so, please help me make the decision, i know many you out there may have try one of these perfume,right ??..
hehe...

*confuse*



(人´∀`).☆.。.:*・
yang menaip,
Riko-theUntittledPledge-より。
.................................

untittled entry.




It's being long tyme since i didnt update my blog,
it just, i happen to have my work done.
Tired..LOL
BtW, happy 10th anniversary to my beloved band, The Gazette,
it might be too late, but i'm happy for all your journey this 10 years,
only to make us sixth guns proud.
Arigatou.. *bow*
Can't wait for your new album -The Division_ and will always support ya..
Thanks for the suprise that Aoi-sama made also,,
he's back on Twitter !!
Also he made a facebook page, but still in no manage yet.
He maybe still new with it.
Dont worry, 
i'll wait :)

*it's good if they can read this*

AOI'S TWITTER.
AOI'S FANPAGE.

pfttt.. don't know why i feel damn tired, still got lots work to do tomorrow,
this life is totally mean.. ==*

oryte..
i'm gonna end this ridiculous shit entry...
Down to earth aledy, good night.. ZzZZzZ~




(人´∀`).☆.。.:*・
yang menaip,
Riko-theUntittledPledge-より。
.................................

#Tutorial: simple Tab/navigation

Hello guys,
selamat petang !!
Today got another request from my dearly friend.


senang je..
Just ikut step mudah ni:
mula-mula.. pergi ke Design, then tekan add gadget.
Pilih HTML/Javascript.
Lepas tu.. copy code untuk link kat bawah ni and paste..

<a href="LINK ">TAJUK/NAMA LINK</a>

contoh :

<a href="http://www.facebook.com/hudaArisukyuu">facebook</a> | <a href="http://www.twitter.com">twitter</a>

*boleh letak tanda ' | ' kalau nak ^^ *

Then,save !

But, kalu nak link tu dibuka ke new tab.. tambahkan code ni.:

target=”_blank”

contoh :

<a href="http://www.facebook.com/hudaArisukyuu">facebook</a> (sebelum)
<a href="http://www.facebook.com/hudaArisukyuu"target=”_blank”>facebook</a>(selepas)

next, save !
last step , kalau tak nak tab tu kat sidebar,dragkan html/javascript column tu ke bawah header.


save again ! and siap !!

okay, gudluck !^^