cinta otaku part 3


part 1 | part 2



3
Suasana kelas 5 Al-Qalam bingit seperti biasa. Mentang-mentanglah cikgu ada meeting, semua ambil kesempatan berborak dan berkejaran. SPM nak dekat tapi semua macam tak sedar diri. Aina menutup kembali buku rujukan biologinya. Dia tak dapat tumpukan perhatian pada bacaannya, kelas bising amat! Adoi! Aina mengeluh. Pandangnya dikalih pada Kai yang duduk dua baris hadapan. Kelihatan Kai sedang rancak berbual dengan dua orang perempuan yang bukan dari kelas itu. Aina kenal mereka, ahli kelab muzik disekolah itu, Natasha dan Farah. Mereka berdua ni memang terkenal satu sekolah, punyai suara sedap dan wajah cantik serta anak orang kaya. Meletop habis ! Timbul rasa cemburu pula apabila melihat kemesraan mereka. Wajah Kai dari jauh ditiliknya. Hensem ! kulit cerah, bibir kemerah-merahan, mata yang bercelak, walaupun tak pakai celak tapi naturalnya begitu. Bulu mata yang lebat membuatkan Kai kelihatan seperti bercelak. Cantik sangat! Puji Aina. Gaya dia, macho habis! Baju putih kemeja sekolah yang dibuka butang pertama dan keduanya, seksi habis ! Rambutnya yang panjang sedikit ke depan , memang seratus peratus seperti jejaka impian Aina. Seperti lelaki dari karakter anime atau manga .  Kalaulah, dia seorang yang serious dalam perhubungan, Aina boleh dianggap bertuah apabila di confess Kai kelmarin. Aina mengeluh  lagi. Ingin  benar dia bercakap dengan Kai, tapi perasaan malu mendahului. Dia tidak seperti perempuan-perempuan lain yang mendekati Kai , masing-masing ingin perhatian Kai. Tapi Aina tahu, Kai hanya main-main dengan mereka. Dan dia tahu juga, perempuan-perempuan itu selalu memberikan kai hadiah-hadiah mahal. Aina mencebik, boleh ye dorang fikir , nak dapat perhatian lelaki dengan cara materialistik. ..

“ tok..tok..”  Aina terjaga dari lamunanya tatkala mejanya diketuk seseorang. Haruman citrus menerpa. Aina serta merta mendongak bagi melihat gerangan si pengetuk meja itu.
“ Termenung sorang-sorang ni kenapa?
Aina terlopong. Aik, bila masa pula si Kai ni ada depan dia? Dia memandang tepat pada muka Kai , masih tidak percaya. Dia tegur aku dalam kelas ! Kai memberikan senyuman menggoda. Gulp ! Aina menelan air liur. Gelabah habis ! Kai menarik kerusi sebelah. Dia duduk menghadap Aina sambil dagu di landing  atas lengannya yang dilapik atas meja. Masih tersenyum. Aina mengangkat keningnya. Dia memandang sekeliling. Kelihatan Natasya dan Farah masih ada didalam kelas itu, mereka memandang Aina dengan perasan geram. Hadira dan Kina juga tergaman. Apahal mamat tu dengan kawan baik aku ! Getus Kina.
“ kenapa datang sini ?” Aina berkata dingin.  Cover,cover !
“ Masih menunggu jawapan kelmarin.. kenapa lari kelmarin ?” soalan itu membuatkan Aina memcerlungkan matanya. Hish ! Dia ni kenapa tanya soalan tu ? Malu.. malu ! Aina mengambil keputusan untuk diam sahaja. Dia membuka kembali buku biologinya. Mukanya sudah berubah merah.  Tak nak pandang dia ! Jerit Aina di dalam hatinya. Dia berpura-pura membaca kandungan buku itu. Kai yang melihat gelagat Aina ketawa kecil . Comel la pulak aku tengok minah ni. Getusnya.
“ Nanti balik sama-sama tau ?” bisik Kai kepada Aina. Aina mengetap bibirnya. Ya Allah tolong lah jangan goda aku. Matanya perlahan-lahan melihat pada Kai yang setia memandang wajahnya. Dia diam. Kai senyum. Ya Allah, comelnya ! Aina berdebar-debar. Nak balik sama-sama? Biar betul? Masih tidak percaya Aina mengerut dahinya. Dipandang wajah Kai lama.
“ kenapa diam ?” tanya Kai lagi.
“betul ke nak balik sama dengan saya?” Tanya Aina tidak percaya.
“ya lah, ..’
“ Tapi rumah awak lalu jalan lain kan ? “ Tanya Aina lagi.
“ Tak apalah, saya teman awak dulu .” Kai menjawab dengan senyuman manis terbit di bibirnya. Aina semakin berdebar-debar ! Mak aihh.. sebiji macam komik jepun, si lelaki teman kan si perempuan balik. Aduh, lagi lemah aku dibuatnya.

KRIINNGG !!

Bunyi loceng menandakan masa ke tiga telah tamat. Tak lama lagi cikgu akan masuk ke kelas kerana mesyuarat sudah pun bersurai. Suasana bising sudah mula senyap.
“ Tunggu kat tempat kelmarin sebelum balik ya?” sempat dia memberi pesanan sebelum melangkah bangun ke tempatnya . Aina hanya  memandangnya tanpa berkelip. Natasya dan farah sudah pulang ke kelas masing-masing.. Kela s 5 Al-Qalam akhirnya diam menanti cikgu Khalid,  guru matematik tambahan masuk ke kelas. Aina menarik nafas lega . Dipandang kai dari belakang , belakang dia pun hensem gak. Aina sudah tidak sabar-sabar menunggu waktu tamat sekolah. Bagaikan mimpi menjadi kenyantaan, dia tersenyum sendiri. Dia rasa bahagia yang tak pernah dia rasai sekarang. Oh Kai... Khairi Hafiy...

“ psst..psttt Aina..!” Hadira yang duduk belakang Aina mencuit Aina.Aina cepat-cepat memusinggkan tubuhnya.
“Apa mamat buaya tu buat kat kau ? Tak pernah-pernah dia tegur kau.” Tanya Hadira. Dia betul-betul ingin tahu. Sesungguhnya dia tidak suka akan kehadiran lelaki itu dalam hidup Aina.
“ Ouh, tak de apa, saja dia tegur aku.” Jawab Aina menyembunyikan perkara sebenar.
“Yaka?” Sampuk Kina.
“Yelah..”
“Kau hati-hati sikit dengan mamat tu. Buaya makan darah tau ! “ Pesan Kina. Aina mengerutkan dahinya.
“Buaya makan darah ?” Pelik je bunyi ayat tu.
“ Buaya tu pasal dia punya awek keliling pinggang. Makan darah tu pasal, aku dengar dia dapat habuan dari perempuan-perempuan yang dia date, duit, hadiah mahal-mahal.. malah perempuan 10 tahun lagi tua pun dia pernah date tau ! Baik kau jauhkan diri aje dari jantan macam tu...” Hadira berseloroh , diikuti persetujuan dari Kina. Aina  mengeluh. Betul ke dia macam tu . Dia memusingkan kembali badannya ke depan. Keluhan berat dilepaskan lagi . Tangannya menongkat dagu sambil merenung belakang Kai. Kai betul ke awak jenis lelaki dasyat macam tu ? Kenapa awak jadi begitu ye  ? Pelbagai persoalan muncul di benaknya . Perasaan ragu dan cintanya bercampur baur .  Perlu ke aku dengar cakap Kina dan Hadira?  Jauhkan diri dari Kkai sedangkan hatinya kuat untuk menjadi puteri hati Kai. Atau inginkah dia menjadi seorang yang mampu ubah perangai Kai? Bolehkah dia lakukan sedemikian? Dan kenapa Kai berminat untuk mendekatinya? Dia hanyalah anak seorang cikgu , tidak kaya seperti perempuan-perempuan yang dipermainannya. Atau adakah, Kai betul-betul sukakan dia? Atau, sebaliknya  ? Kai .. kenapa awak buat saya tak keruan seperti ini !!Hati Aina menjerit . Entah kenapa rasa hatinya sakit sekali. Inikah yang dinamakan cinta ?




(人´∀`).☆.。.:*・
yang menaip,
Riko-theUntittledPledge-より。 .................................

No comments: