fanficTakaDefspiralxHiyase part2(malay)

title: Taka the beast master xP
Part 1|Part 2.
pairing: Taka defspiralxHiyase raiku(my sis)
 sebelum bace click :

Taka melihat keliling rumah itu. Penuh tanda tanya.
rumah itu diperbuat dari batu dan berwarna putih! fikir taka.

beberapa minit kemudian, hiyase membawa dulang bersama air teh yang di janjinya tadi. Taka memerhati setiap gerak geri gadis itu.
'dia ni orang jahat ke? baik ke ?' fikir Taka.
"nah, minum lah ~" jemput hiyase.
Taka tidak segera mencapainya. tetapi melihat ke dalam kandungan cawan itu.
"ehh ..?"

"inilah air teh.jemput lah. rasa dulu.." hiyase senyum.Taka mencapai cawan yang sudah diletakkan dihadapannya. perlahan-lahan dia menghirup air yang pertama kali di lihatnya itu.

"sedap!" jeritnya sambil baki air itu di minum dengan gelojoh sekali.
hiyase tersenyum lagi.
"awak lapar tak ? saya ade masak spagetti"
di hulurnya pinggan yang berisi spagetti itu. Taka terus mencapainya dan makan dengan gelojoh sekali. hiyase hanya memerhati gelagat lelaki hutan itu.

"sedap..sedap!!" kata Taka riang. Tak sampai beberapa minit. licin sudah pinggan yang digunanya. hiyase segera mencapai tissue dan mengelap mulut Taka yang comot. Taka tersentak dengan perbuatan itu. Dia memandang hiyase.Tiba-tiba dia terigat akan ibunya. Dia bagaimanapon tidak dapat untuk melihat bayangan ibunya dengan jelas kerana ingatan itu adalah ketika dia masih kecil.Hanya suara yang masih terngiang.

hiyase yang perasan dirinya dipandang segera bertanya.
"kenapa?"
"ahh.. tak de pape." Taka tunduk.

"awak, saya ade sesuatu untuk awak.."

hiyase bangun dan segera mencapai sehelai pakaian berwarna hitam. dia menghulurkannya kepada Taka.

"pakai lah. ni baju abang saya. walaupun dia dah meninggal saya masih menyimpan pakaiannya sebagai kenangan. pakailah.."
Taka menyambut huluran itu. di beleknya pakaian itu.

"ehh, awak tahu pakai tak ? meh saya pakaikan."

Hiyase menarik tangan Taka supaya berdiri. Dia ingin memakaikan pakaian itu kepada lelaki yang kelihatan kebingungan itu.
"ini seluar, awak pakai sendiri ye..dalam toilet sana."
hiyase memberikan seluar kepada Taka dan menolaknya masuk kedalam tandas.
Taka hanya menurut.. Apabila taka masuk kedalam bilik kecil itu. Dia semakin bingung.
"tempat apa ni..?" fikirnya..


bersambung !! xDD

 wajah taka yang innocent ! xDD

CONVERSATION

3 コメント/komen:

Cyndruid said...

waahhh!!! malunyer nak baca!! XDD
^///////^


wajah Taka yg innocent eaa...????
hahahaha xDD

*gelak besar aq mlm nih...*

aiharaRiko said...

@Corvinus haha nantikan ape terjadi bile taka duk lam toilet :p

Cyndruid said...

@aiharaRiko



haha ok ok..!! ^0^

Back
to top