Mata Aina terjugil
melihat surat berwarna biru di dalam begnya. Biar betul! Siapa letak dalam beg
aku ni? Dia yang baru selesai menyalin pakaian setelah waktu pendidikan jasmani
agak tergaman. Balik-balik kelas je, ada surat dalam beg. Dipandangnya kiri ke
kanan. Kelihatan Kina dan Hadira sedang rancak berbual, tidak perasan akan
situasinya sekarang. Alhamdulillah, dorang tak perasan. Kalau tak mampus aku
nak kena berjawab. Dia memandang kosong surat itu seketika. Lama begitu. Siapa bagi
aku ni? Nak buka ke tak nak? Berdebar juga Aina, otaknya ligat mencari
kemungkinan siapa yang letak surat itu. Salah letak dalam beg ke apa? Memang
untuk aku ke? Banyak pula persoalanan timbul dibenaknya. Secara tiba-tiba dia
berpaling ke sebelah kiri mejanya. Entah kenapa, rasa seperti hendak toleh
kesebelah. Zupp.. !! Sentap. Jantung Aina berdegup kencang. Apa hal si Kai ni
duduk meja sebelah aku ni? Sambil
meletakkan kepala di atas meja dengan tangan menyilang menutup separuh mukanya
seperti hendak tidur lagaknya. Tapi tidak, Aina dapat melihat dengan jelas mata
Khairi Hafiy memandang tepat ke arahnya disebalik rambut depan yang panjang
itu. Rambut tu, dah banyak kali kena tegur dengan cikgu Roslan, cikgu disiplin
sekolah itu. Tapi tak diendahnya. Nasib tak kena potong saja. Seram semacam je
pandangan dia. Tapi bahagia. Orang yang aku ‘admire’ pandang aku! Syok gila!
Getus hati kecil Aina.
Cepat sahaja dia
menarik zip beg sekolahnya. Matanya sudah beralih ke depan. Tak mahu
bertentangan mata lama dengan Kai. Tak keruan jadinya. Nanti kalau aku buka
surat biru tu depan dia mesti dia ingat aku dah ada boyfriend. Eh, dia kisah ke
kalau aku dah ada boyfriend ke tak. Berangan je lebih kau Aina ! Aina mengintai
lagi Kai di sebelah. Dia sudah tidak lagi merenung Aina, sebaliknya kepala
sudah beralih arah membelakanginya. Tidur ke? Hatinya tertanya. Aina mengambil
kesempatan itu untuk melihat isi kandung surat yang diterimanya. Perlahan-lahan
dia membuka surat itu.
Hai, Nur Hannani Aina..
Saya dah lama
perhatikan awak,
Jumpa nak?
Tangga depan makmal Bio
, lepas habis kelas.
Secret
admire.
Huh, tu aje? Aina
sedikit kecewa. Ingatkan panjang dan berpuitis-puitis. Tapi nak jumpa ke tak
ya? Takut . Perasaannya bercampur-baur. Dulu dia memang tidak ada sedikit minat
untuk bercinta dek kerana kegilaanya terhadap satu watak dalam komik cinta
jepun. Habis semua yang mengajaknya
bercinta di tolak. Tapi entah kenapa semejak melangkau ke tingkatan Lima, rasa
untuk mencintai dan dicintai itu menebal. Harapannya juga mesti la cinta yang
seperti dalam komik-komik dan animasi yang diminatinya itu. Di baca surat
bertulis pendek itu berulang-ulang kali. Kalaulah surat ni datang dari Kai yang
berwajah seperti Miketsukami-kun tersayang tu. Mahu pengsan terus aku kat situ.
Humm, tapi tak mungkin Kai kan? Matanya berkalih kepada Kai yang mungkin sudah
tidur . Aina mengetap bibir nya. Lama dia berfikir ,akhirnya perasaan ingin
mencuba kuat dalam dirinya. Try lah !
Aina mengatur
langkahnya berhati-hati. Tidak mahu si pemberi surat tahu akan kehadirannya
setelah menerima pucuk bertulis itu. Makmal Biologi sekolah dilaluinya. Tangga
yang dimaksudkan depan sedikit. Memang ‘port’ biasa budak-budak sekolah itu
yang bercinta ‘dating’. Lokasinya yang agak kebelakang menghadap padang
sekolah, memang jarang digunakan. Sebab itu lah, tempat itu dijadikan sarang
bertemu. Aina berdebar-debar. Dia segera merapatkan diri ke dinding koridor.
Sebaik dia ternampak sesusuk tubuh yang membelakanginya duduk termenung jauh
memandang padang bola di koridor tangga , jantungnya berdegup makin kencang.
Gulp! Dia menelan air liurnya berkali-kali. Siapa tu,siapa tu? Hatinya tak
sabar ingin tahu tapi malu nak bertegur. Hish, Aina awat malu sangat ni, turun
lah tegur. Ingin tegur tapi lutut terketar.Dia berperang dengan dirinya sendiri
sehingga tidak sedar ada sebatang penyapu bersandar disebelahnya. “Prang!”
Bunyi penyapu jatuh bergema dek kerana dilanggar Aina tanpa sedar. “Alamak!”
getusnya.
Kai yang terkejut
dengan bunyi bising penyapu jatuh itu serentak menoleh kebelakang. Senyum
diterbitkan tatkala melihat wajah terkejut Aina. Aina kaku. Hah! Kai, apa dia
buat kat sini?! Perlahan-lahan langkahnya diatur undur. Mahu lari dari situ.
Dia rasakan semuanya adalah mimpi, jadi dia kena bangun segera. Kai yang
kehairanan dengan sikap kaget Aina menaiki anak tangga menghampiri Aina. Aina
makin mengundur.Ya Allah, betul ke ni? Betul ke Khairi Hafiy dihadapannya
sekarang? Diakah si pengutus surat itu? 5 langkah, 10 langkah, 15 langkah.. Aina undur dan undur lagi. Kai
pula mengikut setiap langkah Aina. Mata mereka bertentangan. Walaupun
kehairanan kenapa Aina mengundur, Kai menurut sahaja sambil mengekori Aina
tanpa kata. Lagilah si Aina tu kaget. Masih tidak percaya bahawa Kai
dihadapannya. Tidak tahu bagaimana ingin memulakan bicara kerana sesungguhnay
Aina belum pernah bercakap dengannya. 4 tahun sebelum ini, mereka berada di
kelas yang berasingan. Cuma apabila naik ke tingkatan 5 , mereka berada di
kelas yang sama. Aina yang bengang dengan keadaan itu serta-merta menghentikan
langkahnya.
“Kejap, kenapa awak
ikut saya?” Tanya Aina tersekat-sekat.
“Sebab awak jalan mengundur?
“ Jawab Kai tanpa agak. Pelik minah ni. Getus Kai dalam hatinya.
“Tapi apa awak buat
disini?” Tanya Aina lagi. Untuk memastikan bahawa benarkah Kai , pujaan hatinya
yang memberikannya surat itu.
“Sebab saya tunggu awak
di sini?” Kai melayan.
“ A..awak ke yang bagi
surat tu?” tergagap-gagap Aina bertanya lagi.
“Ye, suka tak? Warna
biru kegemaran saya.” Sengih Kai.
Ya Allah, comelnya dia
senyum ! Jerit hati Aina. Makin berdebar dibuatnya. Tapi, dia sedikit kecewa
apabila teringat perangai Kai yang pasti diketahuinya. Mana taknya, Kai memang
terkenal dengan sikap playboynya. Cuma ramai yang tidak tahu, sebenarnya Kai
bertaruh dengan kawan-kawan nya dengan memikat gadis. Pastinya Aina juga tidak
tahu, yang mereka tahu, Khairi Hafiy budak ‘playboy’ sekolah menengah Tun
Habib.Aina terdiam. Direnungnya tepat ke anak mata Kai. Kai hampir tergelak
melihat sikap gelabah gadis itu. Menarik juga dia ni.
“ kita kapel nak?”
straight to the point. Kai terus memberi hajat dihati. Hati la konon. Aina
tersentak .Kapel? biar betul. Tak boleh. Tak boleh. Dia mesti sengaja nak
kenakan aku. Baik aku lari sebelum aku cair dengan dia ni. Nak lari ke? Tak
sopan pulak tiba-tiba lari.Apa aku nak buat sekarang. Ibu , tolong !
“ Answer , please?” Kai
mengusik apabila melihat muka merah Aina. Dia tersenyum nakal.
Aina dah makin tak
keruan. Keputusannya muktamad untuk lari sahaja. Tak nak jawab ! jeritnya dalam
hati. Tanpa berkata apa-apa, Aina berlari sekuat hati meninggalkan Kai yang
kehairanan. Lari ! Lari ! Jangan pandang belakang !
“Huh? Gila ke minah ni?
Ke bodoh ? Tiba-tiba lari. “ Omel Kai tak puas hati. Tiba –tiba dia tersedar
akan sesuatu perkara yang dia pasti tidak boleh terima. Ni pertama kali aku
kena reject ! Tak guna punya perempuan . Kai geram. Dia rasa tercabar.
Aina terketar
kesejukan. Tuala di kepalanya disangkut menggunakan penyangkut baju . Dengan
malas dia baring lesu di atas katil. Selesai mandi , rasa mengantuk pula.
Namun, hampir saja mata Aina hendak tutup, puan Basrina membuka pintu bilik.
Terjenguk muka nya di sebalik pintu. Sakit hati melihat anaknya terbaring malas
atas katil.
“Hannani Aina, awak dah
sembahyang ke?” Tanya Puan Basrina marah.
“Belum lagi la mak,
kejap lagi la..” Jawab Aina malas.
“Ya Allah, dah pukul 3
petang lebih ni, bila lagi kamu nak sembahyang kalu dah tertidur? Dah, dah
bangun sekarang. “ Puan Basrina melangkah masuk bilik menghampiri anaknya.
Dicubit lengan anak sulungnya itu.
“Aduh, ibu.. sakit ...
“ Aina bangun. Dia terduduk malas. Matanya dipejam rapat.
“ Ngantuklah ibu.”
“Tak ada
ngantuk-ngantuk . kalau bab tanggungjawab kita terhadap Allah, kita mesti
dahulukan. Dan jangan sesekali melambat-lambatkan solat. Berdosa, faham tak ?”
Puan Basrina memberi ceramah. Sememangnya dia sangat arif tentang bab-bab
agama.
“ Mengerjakan solat itu
adalah satu kewajipan. Dari Anas r.a katanya:’Nabi Muhammad SAW telah bersabda
:...(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj
pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh
sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan
sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka
Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari
segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya);
keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti..’ Dari hadith itu kita
dapat kita lihat bahawa itu merupakan satu peringatan dari Rasulullah S.A.W
mengenai sembahyang ini harus dititikberatkan dan wajib dikerjakan.”
“ Panjangnya ibu bagi
ceramah... “ Senda Aina. Puan Basrina senyum.
“Dah , bangun ambil
wudhu’, lepas tu solat.”
“ Baiklah , Bos !” Aina
menurut riang. Dia mencium pipi ibunya sebelum berlalu ke bilik air bagi
mengambil wudhu’. Sememangnya, dia amat menyayangi Puan Basrina, ibunya yang
baik hati dan di hormatinya.
Selesai sahaja solat,
otak Aina ligat memikirkan perihal tadi. Hatinya resah. Habislah aku. Wajah kai
bermain-main dibenaknya. Rasa ingin bercinta dengan Kai amat kuat sekali.Mana
taknya, Kai itu adalah jejaka idaman pertamanya, kerana selama ini hanya watak
animasi yang dpandang. Aina mencapai komik cinta yang baru dibelinya kelmarin.
Komik-komik tersusun rapi didalam bilik Aina. Puas puan Basrina menasihatinya
supaya tidak terlalu obsess dengan sesuatu benda.
“ Dalam hidup ini, kita
kena beserdehana, sesuai dengan prinsip agama kita, hidup dengan sederhana...”
Kata-kata itu masih ngiang dibenaknya. Tapi entah mengapa dia tidak
mengendahkan, mungkin masih berdarah muda. Jarum jam sudah menunjukkan pukul
4.15 petang. Aina yang asyik dengan cerita didalam komik itu terbuai sendiri
dan akhirnya terlena.
Basikal BMX disandarkan
ke tepi dinding rumah. Kai mengeluh berat. Dia perlahan-lahan mengorak langkah
menaiki tangga rumah usang yang bagai hampir roboh itu. Kedengaran ayahnya
mengaduh kesakitan dari dalam. Dia mengintai dari celah pintu ,ayahnya yang
sudah 3 tahun terlantar sakit akibat stroke diperhatikan sayu. Ibunya pula lari
bersama kekasih baru setahun kemudian kerana tidak sanggup untuk menjaga
ayahnya. Terkenang akan peristiwa sedih itu, Kai jadi benci akan manusia
bernama wanita. Sambil perlahan menarik tali kasutnya, dia mengeluh. Teringat
akan peristiwa bersama Aina tadi. Rasa geramnya membuak-buak. Berani dia tolak
aku, dasar perempuan sewel ! Kutuk Kai dalam hati. Dia cukup panas hari itu,
kalau tak berjaya rancangan dia untuk buat Aina jatuh cinta, alamak robohlah
status dia yang bangga dengan kebolehan memikat gadis. Duit taruhan juga akan
melayang. Kasut sekolah berwarna putih itu dicampak kasar ke bawah. Dia letih
setelah balik bermain bola . Memang sudah menjadi rutin nya setelah habis waktu
persekolahan, Kai dan rakan-rakannya yang lain akan singgah ke padang sekolah untuk bermain bola. Perlahan-lahan
dia bangun , air minuman untuk ayahnya mesti disediakan, Mak Mah mesti sudah
lama pulang. Semenjak ibunya pergi, Mak Mah jirannya lah yang menjaga ayahnya
jika dia ke sekolah. Ramai yang tidak tahu, yuran sekolah dan barang-barang
sekolahnya, kalau tidak belas Mak Mah, dialah yang akan membayar atau membeli
segala keperluan menggunakan wang simpanan sendiri. Sebab itu lah dia bergiat
menipu anak-anak gadis berada bagi menipu wang mereka. Memang langsung tidak
ada perasaan bersalah dalam hatinya dek kerana perasaan bencinya terhadap
perempuan.
“ Kai, “
Kai yang baru sahaja
hendak memulakan langkah masuk ke dalam rumah terhenti. Kelihatan rakan
sepermainannya sedari kecil, Syukran tercungap-cungap.
“Apasal dengan kau ni?”
Kai yang kehairanan bertanya.
“ Aku nak cakap sikit
dengan kau.” Laju dia menjawab.
“Ada apa?” Kai turun
semula ke tanah bagi mendapatkan Syukran.
“Aku dengar kau
bertaruh lagi, betul ke?” Syukran yang sememangnya sayang akan sahabatnya itu bertanya
sambil muka berkerut mengharapkan jawapan tidak.
“ Ha’ah, aku dapat
rm200 kalau aku berjaya. Kenapa?”
“ Kai, kan aku dah
nasihat kau. Bertaruh tu macam judi. Haram !: Tegas Syukran . Kai bengang
tiba-tiba.
“ Kau datang nak
bagitahu itu saja ke?”
“Kau tak usahlah buat
benda tu semua. Dah la kau mainkan perasaan perempuan. Bertaruh pulak tu.
Berdosa kau tahu tak ? “
“Hei Syuk, ni hal aku.
Kita buat hal masing-masing ye?” Kai menepuk –nepuk pipi Syuk sebelum beredar.
Syukran geram dengan sikap Kai yang sudah banyak berubah.
“ Sampai ke tahap ni
kau berubah Kai? Mana kawan aku yang soleh dan baik hati dulu?” Syuk
meninggikan suaranya. Dia masih tidak puas hati. Sudah banyak cerita buruk
mengenai Kai didengarinya.
“ Aku adalah aku
dan kau tak ade hak untuk halang aku buat apa yang aku
nak. Syuk, zaman aku yang baik dulu dah berakhir, dan untuk pengetahuan kau aku
selesa dengan aku yang sekarang !” Kai mulangkan paku buah keras kepada
Syuk.Memang benar apa yang diperkatakan Syuk. Dia berubah sejak setahun lalu,
selepas ibunya meninggalkan ayah dan dirinya “ Kau tak pernah jadi kawan
aku...”
Hati Syuk bagai
direntap-rentap. Sampai hati Kai cakap begitu. Padahal, sedari kecil mereka
bermain bersama , susah senang bersama. Kawan nya yang dianggap sebagai keluarga
sendiri. Syuk terdiam , dilihat Kai yang sedang marah itu menghempas pintu
rumahnya. Sebaik kelibat kai hilang dari pandangannya, Syuk
meraup wajahnya. Dia berasa sebak, sebak
dengan kehilangan rakan baiknya itu.
“ Ya Allah, lembutkanlah hati dia untuk kembali
ke pangkal jalan. Hilangkanlah dendam nya, Ya Allah...” Hanya doa yang mampu
diberikan Syuk Semoga Kai sedar.
yang menaip,
Riko-theUntittledPledge-より。
.................................
1 コメント/komen:
testings
Post a Comment