3
Suasana kelas 5
Al-Qalam bingit seperti biasa. Mentang-mentanglah cikgu ada meeting, semua
ambil kesempatan berborak dan berkejaran. SPM nak dekat tapi semua macam tak
sedar diri. Aina menutup kembali buku rujukan biologinya. Dia tak dapat
tumpukan perhatian pada bacaannya, kelas bising amat! Adoi! Aina mengeluh.
Pandangnya dikalih pada Kai yang duduk dua baris hadapan. Kelihatan Kai sedang
rancak berbual dengan dua orang perempuan yang bukan dari kelas itu. Aina kenal
mereka, ahli kelab muzik disekolah itu, Natasha dan Farah. Mereka berdua ni
memang terkenal satu sekolah, punyai suara sedap dan wajah cantik serta anak
orang kaya. Meletop habis ! Timbul rasa cemburu pula apabila melihat kemesraan
mereka. Wajah Kai dari jauh ditiliknya. Hensem ! kulit cerah, bibir
kemerah-merahan, mata yang bercelak, walaupun tak pakai celak tapi naturalnya
begitu. Bulu mata yang lebat membuatkan Kai kelihatan seperti bercelak. Cantik
sangat! Puji Aina. Gaya dia, macho habis! Baju putih kemeja sekolah yang dibuka
butang pertama dan keduanya, seksi habis ! Rambutnya yang panjang sedikit ke
depan , memang seratus peratus seperti jejaka impian Aina. Seperti lelaki dari
karakter anime atau manga . Kalaulah,
dia seorang yang serious dalam perhubungan, Aina boleh dianggap bertuah apabila
di confess Kai kelmarin. Aina
mengeluh lagi. Ingin benar dia bercakap dengan Kai, tapi perasaan
malu mendahului. Dia tidak seperti perempuan-perempuan lain yang mendekati Kai
, masing-masing ingin perhatian Kai. Tapi Aina tahu, Kai hanya main-main dengan
mereka. Dan dia tahu juga, perempuan-perempuan itu selalu memberikan kai
hadiah-hadiah mahal. Aina mencebik, boleh ye dorang fikir , nak dapat perhatian
lelaki dengan cara materialistik. ..
“ tok..tok..” Aina terjaga dari lamunanya tatkala mejanya
diketuk seseorang. Haruman citrus menerpa. Aina serta merta mendongak bagi
melihat gerangan si pengetuk meja itu.
“ Termenung
sorang-sorang ni kenapa?
Aina terlopong. Aik,
bila masa pula si Kai ni ada depan dia? Dia memandang tepat pada muka Kai ,
masih tidak percaya. Dia tegur aku dalam kelas ! Kai memberikan senyuman menggoda.
Gulp ! Aina menelan air liur. Gelabah habis ! Kai menarik kerusi sebelah. Dia
duduk menghadap Aina sambil dagu di landing
atas lengannya yang dilapik atas
meja. Masih tersenyum. Aina mengangkat keningnya. Dia memandang sekeliling.
Kelihatan Natasya dan Farah masih ada didalam kelas itu, mereka memandang Aina
dengan perasan geram. Hadira dan Kina juga tergaman. Apahal mamat tu dengan
kawan baik aku ! Getus Kina.
“ kenapa datang sini ?”
Aina berkata dingin. Cover,cover !
“ Masih menunggu
jawapan kelmarin.. kenapa lari kelmarin ?” soalan itu membuatkan Aina
memcerlungkan matanya. Hish ! Dia ni kenapa tanya soalan tu ? Malu.. malu ! Aina
mengambil keputusan untuk diam sahaja. Dia membuka kembali buku biologinya. Mukanya
sudah berubah merah. Tak nak pandang dia
! Jerit Aina di dalam hatinya. Dia berpura-pura membaca kandungan buku itu. Kai
yang melihat gelagat Aina ketawa kecil . Comel la pulak aku tengok minah ni.
Getusnya.
“ Nanti balik sama-sama
tau ?” bisik Kai kepada Aina. Aina mengetap bibirnya. Ya Allah tolong lah
jangan goda aku. Matanya perlahan-lahan melihat pada Kai yang setia memandang
wajahnya. Dia diam. Kai senyum. Ya Allah, comelnya ! Aina berdebar-debar. Nak
balik sama-sama? Biar betul? Masih tidak percaya Aina mengerut dahinya.
Dipandang wajah Kai lama.
“ kenapa diam ?” tanya
Kai lagi.
“betul ke nak balik
sama dengan saya?” Tanya Aina tidak percaya.
“ya lah, ..’
“ Tapi rumah awak lalu
jalan lain kan ? “ Tanya Aina lagi.
“ Tak apalah, saya teman
awak dulu .” Kai menjawab dengan senyuman manis terbit di bibirnya. Aina
semakin berdebar-debar ! Mak aihh.. sebiji macam komik jepun, si lelaki teman
kan si perempuan balik. Aduh, lagi lemah aku dibuatnya.
KRIINNGG !!
Bunyi loceng menandakan
masa ke tiga telah tamat. Tak lama lagi cikgu akan masuk ke kelas kerana
mesyuarat sudah pun bersurai. Suasana bising sudah mula senyap.
“ Tunggu kat tempat
kelmarin sebelum balik ya?” sempat dia memberi pesanan sebelum melangkah bangun
ke tempatnya . Aina hanya memandangnya
tanpa berkelip. Natasya dan farah sudah pulang ke kelas masing-masing.. Kela s
5 Al-Qalam akhirnya diam menanti cikgu Khalid, guru matematik tambahan masuk ke kelas. Aina
menarik nafas lega . Dipandang kai dari belakang , belakang dia pun hensem gak.
Aina sudah tidak sabar-sabar menunggu waktu tamat sekolah. Bagaikan mimpi
menjadi kenyantaan, dia tersenyum sendiri. Dia rasa bahagia yang tak pernah dia
rasai sekarang. Oh Kai... Khairi Hafiy...
“ psst..psttt Aina..!”
Hadira yang duduk belakang Aina mencuit Aina.Aina cepat-cepat memusinggkan
tubuhnya.
“Apa mamat buaya tu
buat kat kau ? Tak pernah-pernah dia tegur kau.” Tanya Hadira. Dia betul-betul
ingin tahu. Sesungguhnya dia tidak suka akan kehadiran lelaki itu dalam hidup
Aina.
“ Ouh, tak de apa, saja
dia tegur aku.” Jawab Aina menyembunyikan perkara sebenar.
“Yaka?” Sampuk Kina.
“Yelah..”
“Kau hati-hati sikit
dengan mamat tu. Buaya makan darah tau ! “ Pesan Kina. Aina mengerutkan
dahinya.
“Buaya makan darah ?” Pelik
je bunyi ayat tu.
“ Buaya tu pasal dia
punya awek keliling pinggang. Makan darah tu pasal, aku dengar dia dapat habuan
dari perempuan-perempuan yang dia date, duit, hadiah mahal-mahal.. malah
perempuan 10 tahun lagi tua pun dia pernah date tau ! Baik kau jauhkan diri aje
dari jantan macam tu...” Hadira berseloroh , diikuti persetujuan dari Kina.
Aina mengeluh. Betul ke dia macam tu .
Dia memusingkan kembali badannya ke depan. Keluhan berat dilepaskan lagi .
Tangannya menongkat dagu sambil merenung belakang Kai. Kai betul ke awak jenis
lelaki dasyat macam tu ? Kenapa awak jadi begitu ye ? Pelbagai persoalan muncul di benaknya .
Perasaan ragu dan cintanya bercampur baur .
Perlu ke aku dengar cakap Kina dan Hadira? Jauhkan diri dari Kkai sedangkan hatinya kuat
untuk menjadi puteri hati Kai. Atau inginkah dia menjadi seorang yang mampu
ubah perangai Kai? Bolehkah dia lakukan sedemikian? Dan kenapa Kai berminat
untuk mendekatinya? Dia hanyalah anak seorang cikgu , tidak kaya seperti
perempuan-perempuan yang dipermainannya. Atau adakah, Kai betul-betul sukakan dia?
Atau, sebaliknya ? Kai .. kenapa awak
buat saya tak keruan seperti ini !!Hati Aina menjerit . Entah kenapa rasa
hatinya sakit sekali. Inikah yang dinamakan cinta ?
yang menaip,
Riko-theUntittledPledge-より。
.................................
0 コメント/komen:
Post a Comment