cinta otaku part 2

Click here part 1 to read episode one 

2

Mata Aina terjugil melihat surat berwarna biru di dalam begnya. Biar betul! Siapa letak dalam beg aku ni? Dia yang baru selesai menyalin pakaian setelah waktu pendidikan jasmani agak tergaman. Balik-balik kelas je, ada surat dalam beg. Dipandangnya kiri ke kanan. Kelihatan Kina dan Hadira sedang rancak berbual, tidak perasan akan situasinya sekarang. Alhamdulillah, dorang tak perasan. Kalau tak mampus aku nak kena berjawab. Dia memandang kosong surat itu seketika. Lama begitu. Siapa bagi aku ni? Nak buka ke tak nak? Berdebar juga Aina, otaknya ligat mencari kemungkinan siapa yang letak surat itu. Salah letak dalam beg ke apa? Memang untuk aku ke? Banyak pula persoalanan timbul dibenaknya. Secara tiba-tiba dia berpaling ke sebelah kiri mejanya. Entah kenapa, rasa seperti hendak toleh kesebelah. Zupp.. !! Sentap. Jantung Aina berdegup kencang. Apa hal si Kai ni duduk meja sebelah aku ni?  Sambil meletakkan kepala di atas meja dengan tangan menyilang menutup separuh mukanya seperti hendak tidur lagaknya. Tapi tidak, Aina dapat melihat dengan jelas mata Khairi Hafiy memandang tepat ke arahnya disebalik rambut depan yang panjang itu. Rambut tu, dah banyak kali kena tegur dengan cikgu Roslan, cikgu disiplin sekolah itu. Tapi tak diendahnya. Nasib tak kena potong saja. Seram semacam je pandangan dia. Tapi bahagia. Orang yang aku ‘admire’ pandang aku! Syok gila! Getus hati kecil Aina.
Cepat sahaja dia menarik zip beg sekolahnya. Matanya sudah beralih ke depan. Tak mahu bertentangan mata lama dengan Kai. Tak keruan jadinya. Nanti kalau aku buka surat biru tu depan dia mesti dia ingat aku dah ada boyfriend. Eh, dia kisah ke kalau aku dah ada boyfriend ke tak. Berangan je lebih kau Aina ! Aina mengintai lagi Kai di sebelah. Dia sudah tidak lagi merenung Aina, sebaliknya kepala sudah beralih arah membelakanginya. Tidur ke? Hatinya tertanya. Aina mengambil kesempatan itu untuk melihat isi kandung surat yang diterimanya. Perlahan-lahan dia membuka surat itu.

Hai, Nur Hannani Aina..
Saya dah lama perhatikan awak,
Jumpa nak?
Tangga depan makmal Bio , lepas habis kelas.

Secret admire.



Huh, tu aje? Aina sedikit kecewa. Ingatkan panjang dan berpuitis-puitis. Tapi nak jumpa ke tak ya? Takut . Perasaannya bercampur-baur. Dulu dia memang tidak ada sedikit minat untuk bercinta dek kerana kegilaanya terhadap satu watak dalam komik cinta jepun. Habis semua  yang mengajaknya bercinta di tolak. Tapi entah kenapa semejak melangkau ke tingkatan Lima, rasa untuk mencintai dan dicintai itu menebal. Harapannya juga mesti la cinta yang seperti dalam komik-komik dan animasi yang diminatinya itu. Di baca surat bertulis pendek itu berulang-ulang kali. Kalaulah surat ni datang dari Kai yang berwajah seperti Miketsukami-kun tersayang tu. Mahu pengsan terus aku kat situ. Humm, tapi tak mungkin Kai kan? Matanya berkalih kepada Kai yang mungkin sudah tidur . Aina mengetap bibir nya. Lama dia berfikir ,akhirnya perasaan ingin mencuba kuat dalam dirinya. Try lah !

Aina mengatur langkahnya berhati-hati. Tidak mahu si pemberi surat tahu akan kehadirannya setelah menerima pucuk bertulis itu. Makmal Biologi sekolah dilaluinya. Tangga yang dimaksudkan depan sedikit. Memang ‘port’ biasa budak-budak sekolah itu yang bercinta ‘dating’. Lokasinya yang agak kebelakang menghadap padang sekolah, memang jarang digunakan. Sebab itu lah, tempat itu dijadikan sarang bertemu. Aina berdebar-debar. Dia segera merapatkan diri ke dinding koridor. Sebaik dia ternampak sesusuk tubuh yang membelakanginya duduk termenung jauh memandang padang bola di koridor tangga , jantungnya berdegup makin kencang. Gulp! Dia menelan air liurnya berkali-kali. Siapa tu,siapa tu? Hatinya tak sabar ingin tahu tapi malu nak bertegur. Hish, Aina awat malu sangat ni, turun lah tegur. Ingin tegur tapi lutut terketar.Dia berperang dengan dirinya sendiri sehingga tidak sedar ada sebatang penyapu bersandar disebelahnya. “Prang!” Bunyi penyapu jatuh bergema dek kerana dilanggar Aina tanpa sedar. “Alamak!” getusnya.
Kai yang terkejut dengan bunyi bising penyapu jatuh itu serentak menoleh kebelakang. Senyum diterbitkan tatkala melihat wajah terkejut Aina. Aina kaku. Hah! Kai, apa dia buat kat sini?! Perlahan-lahan langkahnya diatur undur. Mahu lari dari situ. Dia rasakan semuanya adalah mimpi, jadi dia kena bangun segera. Kai yang kehairanan dengan sikap kaget Aina menaiki anak tangga menghampiri Aina. Aina makin mengundur.Ya Allah, betul ke ni? Betul ke Khairi Hafiy dihadapannya sekarang? Diakah si pengutus surat itu? 5 langkah, 10 langkah,  15 langkah.. Aina undur dan undur lagi. Kai pula mengikut setiap langkah Aina. Mata mereka bertentangan. Walaupun kehairanan kenapa Aina mengundur, Kai menurut sahaja sambil mengekori Aina tanpa kata. Lagilah si Aina tu kaget. Masih tidak percaya bahawa Kai dihadapannya. Tidak tahu bagaimana ingin memulakan bicara kerana sesungguhnay Aina belum pernah bercakap dengannya. 4 tahun sebelum ini, mereka berada di kelas yang berasingan. Cuma apabila naik ke tingkatan 5 , mereka berada di kelas yang sama. Aina yang bengang dengan keadaan itu serta-merta menghentikan langkahnya.
“Kejap, kenapa awak ikut saya?” Tanya Aina tersekat-sekat.
“Sebab awak jalan mengundur? “ Jawab Kai tanpa agak. Pelik minah ni. Getus Kai dalam hatinya.
“Tapi apa awak buat disini?” Tanya Aina lagi. Untuk memastikan bahawa benarkah Kai , pujaan hatinya yang memberikannya surat itu.
“Sebab saya tunggu awak di sini?” Kai melayan.
“ A..awak ke yang bagi surat tu?” tergagap-gagap Aina bertanya lagi.
“Ye, suka tak? Warna biru kegemaran saya.” Sengih Kai.
Ya Allah, comelnya dia senyum ! Jerit hati Aina. Makin berdebar dibuatnya. Tapi, dia sedikit kecewa apabila teringat perangai Kai yang pasti diketahuinya. Mana taknya, Kai memang terkenal dengan sikap playboynya. Cuma ramai yang tidak tahu, sebenarnya Kai bertaruh dengan kawan-kawan nya dengan memikat gadis. Pastinya Aina juga tidak tahu, yang mereka tahu, Khairi Hafiy budak ‘playboy’ sekolah menengah Tun Habib.Aina terdiam. Direnungnya tepat ke anak mata Kai. Kai hampir tergelak melihat sikap gelabah gadis itu. Menarik juga dia ni.
“ kita kapel nak?” straight to the point. Kai terus memberi hajat dihati. Hati la konon. Aina tersentak .Kapel? biar betul. Tak boleh. Tak boleh. Dia mesti sengaja nak kenakan aku. Baik aku lari sebelum aku cair dengan dia ni. Nak lari ke? Tak sopan pulak tiba-tiba lari.Apa aku nak buat sekarang. Ibu , tolong !

“ Answer , please?” Kai mengusik apabila melihat muka merah Aina. Dia tersenyum nakal.
Aina dah makin tak keruan. Keputusannya muktamad untuk lari sahaja. Tak nak jawab ! jeritnya dalam hati. Tanpa berkata apa-apa, Aina berlari sekuat hati meninggalkan Kai yang kehairanan. Lari ! Lari ! Jangan pandang belakang !
“Huh? Gila ke minah ni? Ke bodoh ? Tiba-tiba lari. “ Omel Kai tak puas hati. Tiba –tiba dia tersedar akan sesuatu perkara yang dia pasti tidak boleh terima. Ni pertama kali aku kena reject ! Tak guna punya perempuan . Kai geram. Dia rasa tercabar.


Aina terketar kesejukan. Tuala di kepalanya disangkut menggunakan penyangkut baju . Dengan malas dia baring lesu di atas katil. Selesai mandi , rasa mengantuk pula. Namun, hampir saja mata Aina hendak tutup, puan Basrina membuka pintu bilik. Terjenguk muka nya di sebalik pintu. Sakit hati melihat anaknya terbaring malas atas katil.
“Hannani Aina, awak dah sembahyang ke?” Tanya Puan Basrina marah.
“Belum lagi la mak, kejap lagi la..” Jawab Aina malas.
“Ya Allah, dah pukul 3 petang lebih ni, bila lagi kamu nak sembahyang kalu dah tertidur? Dah, dah bangun sekarang. “ Puan Basrina melangkah masuk bilik menghampiri anaknya. Dicubit lengan anak sulungnya itu.
“Aduh, ibu.. sakit ... “ Aina bangun. Dia terduduk malas. Matanya dipejam rapat.
“ Ngantuklah  ibu.”
“Tak ada ngantuk-ngantuk . kalau bab tanggungjawab kita terhadap Allah, kita mesti dahulukan. Dan jangan sesekali melambat-lambatkan solat. Berdosa, faham tak ?” Puan Basrina memberi ceramah. Sememangnya dia sangat arif tentang bab-bab agama.
“ Mengerjakan solat itu adalah satu kewajipan. Dari Anas r.a katanya:’Nabi Muhammad SAW telah bersabda :...(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti..’ Dari hadith itu kita dapat kita lihat bahawa itu merupakan satu peringatan dari Rasulullah S.A.W mengenai sembahyang ini harus dititikberatkan dan wajib dikerjakan.”
“ Panjangnya ibu bagi ceramah... “ Senda Aina. Puan Basrina senyum.
“Dah , bangun ambil wudhu’, lepas tu solat.”
“ Baiklah , Bos !” Aina menurut riang. Dia mencium pipi ibunya sebelum berlalu ke bilik air bagi mengambil wudhu’. Sememangnya, dia amat menyayangi Puan Basrina, ibunya yang baik hati dan di hormatinya.
Selesai sahaja solat, otak Aina ligat memikirkan perihal tadi. Hatinya resah. Habislah aku. Wajah kai bermain-main dibenaknya. Rasa ingin bercinta dengan Kai amat kuat sekali.Mana taknya, Kai itu adalah jejaka idaman pertamanya, kerana selama ini hanya watak animasi yang dpandang. Aina mencapai komik cinta yang baru dibelinya kelmarin. Komik-komik tersusun rapi didalam bilik Aina. Puas puan Basrina menasihatinya supaya tidak terlalu obsess dengan sesuatu benda.
“ Dalam hidup ini, kita kena beserdehana, sesuai dengan prinsip agama kita, hidup dengan sederhana...” Kata-kata itu masih ngiang dibenaknya. Tapi entah mengapa dia tidak mengendahkan, mungkin masih berdarah muda. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 4.15 petang. Aina yang asyik dengan cerita didalam komik itu terbuai sendiri dan akhirnya terlena.


Basikal BMX disandarkan ke tepi dinding rumah. Kai mengeluh berat. Dia perlahan-lahan mengorak langkah menaiki tangga rumah usang yang bagai hampir roboh itu. Kedengaran ayahnya mengaduh kesakitan dari dalam. Dia mengintai dari celah pintu ,ayahnya yang sudah 3 tahun terlantar sakit akibat stroke diperhatikan sayu. Ibunya pula lari bersama kekasih baru setahun kemudian kerana tidak sanggup untuk menjaga ayahnya. Terkenang akan peristiwa sedih itu, Kai jadi benci akan manusia bernama wanita. Sambil perlahan menarik tali kasutnya, dia mengeluh. Teringat akan peristiwa bersama Aina tadi. Rasa geramnya membuak-buak. Berani dia tolak aku, dasar perempuan sewel ! Kutuk Kai dalam hati. Dia cukup panas hari itu, kalau tak berjaya rancangan dia untuk buat Aina jatuh cinta, alamak robohlah status dia yang bangga dengan kebolehan memikat gadis. Duit taruhan juga akan melayang. Kasut sekolah berwarna putih itu dicampak kasar ke bawah. Dia letih setelah balik bermain bola . Memang sudah menjadi rutin nya setelah habis waktu persekolahan, Kai dan rakan-rakannya yang lain akan singgah ke padang  sekolah untuk bermain bola. Perlahan-lahan dia bangun , air minuman untuk ayahnya mesti disediakan, Mak Mah mesti sudah lama pulang. Semenjak ibunya pergi, Mak Mah jirannya lah yang menjaga ayahnya jika dia ke sekolah. Ramai yang tidak tahu, yuran sekolah dan barang-barang sekolahnya, kalau tidak belas Mak Mah, dialah yang akan membayar atau membeli segala keperluan menggunakan wang simpanan sendiri. Sebab itu lah dia bergiat menipu anak-anak gadis berada bagi menipu wang mereka. Memang langsung tidak ada perasaan bersalah dalam hatinya dek kerana perasaan bencinya terhadap perempuan.

“ Kai, “
Kai yang baru sahaja hendak memulakan langkah masuk ke dalam rumah terhenti. Kelihatan rakan sepermainannya sedari kecil, Syukran tercungap-cungap.
“Apasal dengan kau ni?” Kai yang kehairanan bertanya.
“ Aku nak cakap sikit dengan kau.” Laju dia menjawab.
“Ada apa?” Kai turun semula ke tanah bagi mendapatkan Syukran.
“Aku dengar kau bertaruh lagi, betul ke?” Syukran yang sememangnya sayang akan sahabatnya itu bertanya sambil muka berkerut mengharapkan jawapan tidak.
“ Ha’ah, aku dapat rm200 kalau aku berjaya. Kenapa?”
“ Kai, kan aku dah nasihat kau. Bertaruh tu macam judi. Haram !: Tegas Syukran . Kai bengang tiba-tiba.
“ Kau datang nak bagitahu itu saja ke?”
“Kau tak usahlah buat benda tu semua. Dah la kau mainkan perasaan perempuan. Bertaruh pulak tu. Berdosa kau tahu tak ? “
“Hei Syuk, ni hal aku. Kita buat hal masing-masing ye?” Kai menepuk –nepuk pipi Syuk sebelum beredar. Syukran geram dengan sikap Kai yang sudah banyak berubah.
“ Sampai ke tahap ni kau berubah Kai? Mana kawan aku yang soleh dan baik hati dulu?” Syuk meninggikan suaranya. Dia masih tidak puas hati. Sudah banyak cerita buruk mengenai Kai didengarinya.
“ Aku adalah aku dan  kau tak  ade hak untuk halang aku buat apa yang aku nak. Syuk, zaman aku yang baik dulu dah berakhir, dan untuk pengetahuan kau aku selesa dengan aku yang sekarang !” Kai mulangkan paku buah keras kepada Syuk.Memang benar apa yang diperkatakan Syuk. Dia berubah sejak setahun lalu, selepas ibunya meninggalkan ayah dan dirinya “ Kau tak pernah jadi kawan aku...”
Hati Syuk bagai direntap-rentap. Sampai hati Kai cakap begitu. Padahal, sedari kecil mereka bermain bersama , susah senang bersama. Kawan nya yang dianggap sebagai keluarga sendiri. Syuk terdiam , dilihat Kai yang sedang marah itu menghempas pintu rumahnya. Sebaik   kelibat kai hilang dari pandangannya, Syuk meraup wajahnya. Dia  berasa sebak, sebak dengan kehilangan rakan baiknya itu.
“  Ya Allah, lembutkanlah hati dia untuk kembali ke pangkal jalan. Hilangkanlah dendam nya, Ya Allah...” Hanya doa yang mampu diberikan Syuk Semoga Kai sedar.

(人´∀`).☆.。.:*・
yang menaip,
Riko-theUntittledPledge-より。 .................................

CONVERSATION

1 コメント/komen:

Back
to top