cinta otaku part 1

klik part 2 untuk ke episode 2
1


“ Hannani Aina...”
Aina yang masih dibuai angan-angan indah tidak mendengar panggilan namanya.
“Hannani Aina !!”
Aina tersentak. Matanya membulat memandang cikgu Latifah yang menyinga.Berdebar.Alamak, mampus aku! Pandangannya dialih pula ke sekeliling kelas. Mereka yang berada didalam kelas ketawa kecil melihat gelagat Aina. Dia terkebil-kebil.
“Tuan putera mana datang jemput awak kali ni , Aina?” Cikgu Latifah menyindir. Apa lagi tersemburlah gelak tawa kelas 5 Al-Qalam.Aina menunduk malu.Err.. apa nak jawab ni, getus hati kecil Aina. Dia hanya terdiam. Malu. Pastinya si Khairi Hafiy, lelaki pujaan hatinya sedang memerhatikannya saat ini. Sesungguhnya keadaan ini sangat memalukan.

“Awak dalam kelas saya selalu termenung kosong, awak teringat kat siapa? Bukan kelas ni je, saya dapat banyak aduan dari cikgu-cikgu lain, awak ni memang suka termenung dalam kelas.Result cun tak  apa jugak, ni dah macam duk hujung tanduk kerbau.Apa nak jadi dengan awak ni Aina?Cikgu Latifah membebel panjang sambil bercekak pinggang. Alamak, mula dah. Cikgu Latifah ni kalau dah start membebel , sampai habis kelas lah jawabnya.
“ Maafkan saya cikgu..” Aina membalas teragak-agak. Dia masih tunduk.
“Awak ada 6 bulan lagi nak SPM, awak dah tak boleh tunjuk pernangai masa tingkatan 4 lagi, tulah masa tingkatan 4 dulu dah terlebih honeymoon, result pun tak naik-naik, macam mana nak hadapi SPM? Saya cakap ni bukan untuk Aina aje, Tapi untuk semua.Kamu kena ingat tujuan ibu bapa kamu hantar kamu ke sekolah, bukan untuk bermain, bukan untuk berangan tapi untuk belajar. Dorang penat lelah kerja nak bayar yuran, sediakan barang persekolahan kamu, tapi kamu sia-siakan. Kamu kena ingat pengorbanan mereka, mahunya mereka melihat anak-anak mereka berjaya... “
Aina mengetap bibirnya. Alamak cikgu, dah dah la. Habis lah aku semua orang salahkan aku lagi nanti, dorang bukan suka sangat pun dengar cikgu Latifah  ni membebel, ayat pedas-pedas.



“ Cikgu, masa dah habis..” Kai tiba-tiba menyampuk mungkin bosan.Aina menelan air liurnya. Ya Allah, Khairi Hafiy atau lebih dikenali dengan Kai bersuara la pulak. Tidak tahu sama ada untuk menyelamat atau untuk memarahi. Berdendam ke dia dengan aku sebab aku dah buat Cikgu Latifah membebel?
“ Hmm.. baiklah, kelas bersurai...” Bersahaja Cikgu Latifah berkata sebelum mengemaskan bukunya dan berlalu keluar. Kelas 5 Al-Qalam kembali bising. Ada yang keluar ke kantin , ada yang makan bekal didalam kelas. Aina mengeluh halus.
“ Oi , Aina. Kau selalu je menaikkan kemarahan cikgu Latifah kan ? “ Kina menepuk belakang Aina. Dia kenal benar dengan perangai sahabatnya itu. Seorang yang terlalu obsess dengan cerita-cerita animasi jepun atau dikenali sebagai Anime. Bukan itu sahaja komik perempuan atau “shoujo Manga” juga sentiasa menjadi peneman.Tidak kira yang dibeli atau di muat turun online dari internet.”Mana lah aku tau aku nak mengelamun.” Balas Aina memuncungkan mulutnya.
“Heishh, kau ni Aina, aku dah tak tahu nak cakap apa lagi. Semalam dah kena lecture dengan teacher Mira, hari ni dengan cikgu Latifah. Bertaubatlah.” Kina bersenda.
“ Hish, diam lah.. !” Aina menolak rakan baiknya itu.  Kina hanya tergelak.
“Teringat kat Miketsukami-kun la tu..” Hadira pula menyampuk. Dia meletakkan sikunya atas bahu Kina sambil memandang Aina yang sedari tadi setia duduk di atas kerusi . Miketsukami adalah salah satu watak “anime” yang digemari Aina dalam siri Inu X Boku SS. Dia begitu meminati watak anime itu sehingga di setiap barangnya terdapat gambar atau nama watak  itu.
“ ha, korang tahu tak, aku dah tengok episode akhir cerita tu. Sweettt giler ! Miketsukami tu dah lama sukakan Ririchiyo. Ririchiyo pun sukakan dia, aku paling suka part last masa miketsukami dukung Ririchiyo dan cium rambut dia, aaa sweetnya !” Aina bercerita dengan bersemangat sekali. Dia menggengam kedua tangannya sambil dibawa ke bawah dagu. Menunjukkan yang dia begitu terpesona dengan jalan cerita animasi jepun itu.Dia tersenyum bersendirian sambil berangan-angan mengingati scene animasi tersebut. Berangan yang Ririchiyo itu adalah dirinya. Ah, alangkah bahagianya!
“Oi, apa kau cakap ni, kitorang tak faham la. Kitorang mana minat animasi-animasi macam tu, baik tengok drama melayu,lagi senang nak faham !” Kina mencelah, Hadira mengangguk bersetuju.”Ala, korang tahu apa..” Aina mencebik sambil mengeluarkan bekal yang dibawanya.Nasi goreng yang dimasak ibunya ditatap penuh selera, sudu sudah bersedia di tangannya.
“ korang tak nak makan ke ?”Aina bertanya sambil mulutnya mengunyah nasi goreng itu. Sedap!
“ Kitorang puasa hari ni” Hadira membalas.
“Oh , yeke? Tak apa ke  aku makan depan korang ni?” Aina tiba-tiba berasa bersalah. Ditutup kembali bekal nasi goreng itu.
“Eh, tak apa. Makan je, aku memang suka tengok orang makan, lebih-lebih kau, semangat semacam je.” Kina berseloroh. Diikuti gelak tawa Hadira.
“Perli aku ye?” Aina rasa dipermainkan. Dibuka semula bekal itu dan menyambung kembali kerja “makan”nya yang tergendala sebentar tadi.Sangat sedap masakan ibu Aina. Memang nasi goreng masakan ibunya adalah kegemarannya. Sambil makan matanya sempat lagi berkalih kepada sesusuk tubuh yang sedang berbual dihadapan kelas. Sekumpulan lelaki dihadapan kelihatan rancak sekali berbual dan bergurau. Mereka baru sahaja kembali ke kelas setelah rehat di kantin. Cepat sahaja mereka rehat, lelaki lah katakan. Makan memang laju. Khairi Hafiy dipandangnya. Sangat kacak. Berkulit cerah, hidung sederhana mancung, mirip watak animasi yang digemarinya. Jarang anak teruna melayu yang berwajah seperti itu. Selalunya berkulit sawo matang. Hmm.. kalau lah dia jadi boyfriend aku, memang dah macam watak anime dah aku ni,tak pun macam komik cinta. Bestnya! Hati kecil Aina menyimpan angan. Perkara dia mempunyai perasaan terhadap Kai hanya tersemat di hatinya sahaja. Malu untuk mewar-warkan kepada kedua sahabat karibnya. Nanti susah jadinya. Dipandang muka kacak Khairi Hafiy tanpa jemu sambil angannya bersambung. Ya Allah, betapa cantiknya ciptaan-Mu ! Aina memuji.




“ Kai, amacam kau dengan akak universiti hari tu?”Fadil menepuk perlahan belakang kawannya itu.
“ouh, si Wani tu? “Kai tersenyum.” Dia bagi aku Ipad,bro. Kaya kot dia “
“Fulamak, untung kau. Bagilah kitorang main sekali..haishh,menyesal aku “bet” kau aritu. Melayang RM30 aku” Danish menyampuk.
“Kan aku dah bagitahu korang, perempuan-perempuan ni memang akan sangkutnya dengan aku.Yang kaya-kaya tu pun, senang je. Haha !” Kai bangga.Kembang kempis hidungnya.
“Alah, muka jambu boleh la. “ Man berasa cemburu. Mana tak nya, dia digelar “Man Hitam” didalam kelasnya, akibat kulitnya yang gelap . Mana-mana perempuan yang di”tackle”nya pun lari.
“Heh, kau cakap elok sikit, mana muka aku jambu!” Kai naik angin . Pantang betul dia kalau terdengar perkataan “jambu”.
“Dah memang muka kau jambu !” Man tidak mengalah.
“Ai, aku bagi kan!”Kai mengangkat tangannya. Man memberi respon statik. Mengundur ke belakang.
“Oi, dah, dah. Kan tak pasal kena panggil pergi pejabat sekolah. Ni Kai, kau cakap semua perempuan senang kan nak sangkut dengan kau. Meh aku bagi yang susah.” Danish memberi cadangan. Semua terdiam sebentar.
“siapa?” serentak tiga teruna itu bertanya beberapa saat kemudian.Danish tersengih sambil menghala jari telunjuknya kearah belakang. Seorang perempuan yang baru selesai makan dipandangnya. Kai mengangkat sebelah keningnya.
“Oi, perempuan “otaku” tu?!” Kai bertanya,tidak percaya.
“Huh.’Otaku’? Apa tu?” Man menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Alamak Man Hitam sudah “blur”.
“Otaku tu dalam bahasa jepun. Maksud dia obses. Si Aina tu kan terlalu minat watak-watak katun jepun. Kalau dekat jepun orang yang macam tu dipanggil ‘Otaku’.. ada faham?” Fadil memberikan penjelasan berdasarkan pengetahuannya. “ooo..” Man terangguk-angguk.
“ Kau nak aku tackle dia? Biar betul , bro.” Kai masih tidak berpuas hati.
“Asal? Mengalah dah ke? Aku nak tengok sejauh mana semua perempuan yang kau cakap tu akan jatuh kat kau. Aku nak tengok boleh tak kau tempis watak-watak anime yang dia gila macam boyfriend dia tu. Aku nak kau buat dia lupa pada benda yang tak wujud tu. Amacam cabaran aku, okay tak?” Danish panjang menerangkan. “Ala, mesti la cepat je dia nak.” Kai membalas.
“ Oi , Aina tu belum pernah bercinta tahu? Dari sekolah rendah dia duk suka benda-benda tu. Kadang-kadang dia lebihkan watak animasi tu dari lelaki yang pernah ajak dia couple. Aku kawan sekolah rendah dia, aku tahu macam-macam dah pasal dia. Sanggup nangis kalau watak animasi dia tu mati ke dalam cerita tu.” Fadil bercerita semangat sekali. Semua terpaku mendengarnya.
“Best jugak ni.” Man bersetuju. Kai terkebil-kebil.
“Hish, takut aku. Macam mana kalau dia jadi obsess ngan aku. Mati aku !” Kai berseloroh.
“Amboi, yakin nampak kau dapat buat dia gila kat kau.” Danish tersenyum mengejek.
“Tak adalah,contoh la kan.. aku kan “power” bab ayat-ayat ni. Kan dia cairkan, gila kat aku pulak. Tak nak aku . Geli kot.” Kai membangkang.
“Kau nak ke tak nak? Aku bet RM 100.” Danish meletakkan taruhannya. Sememangnya ayah dia berharta.
“Aku pun boleh bagi RM 100” Fadil mencelah. Dia juga anak berada.
“Err..aku RM 5 je mampu.” Man tertunduk. Kai tergelak . Fikirannya melayang. Fuh, RM205. Memang cukup baik dah tu. Boleh bertambah duit simpanan aku.
“Kau serius ke,Danish?” Tanyanya lagi.
“Serius,full stop!”


CONVERSATION

0 コメント/komen:

Back
to top